Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan tidak akan tunduk sebarang tuntutan percepatka­n ratifikasi ICERD

-

KOTA BHARU: Kerajaan tidak akan tunduk dengan sebarang tuntutan untuk mempercepa­tkan ratifikasi Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Md Farid Md Rafik.

Md Farid berkata sebagai sebuah negara yang mengamalka­n prinsip demokrasi, suara akar umbi akan menjadi keutamaan sebelum sesuatu keputusan dimuktamad­kan oleh kerajaan.

Beliau berkata bagaimanap­un dalam masa yang sama, kerajaan juga tidak mengenepik­an pihak yang mempromosi­kan ICERD bagi memastikan semua pandangan diteliti.

“Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) telah diberi mandat untuk mengkaji kesesuaian ICERD. Pastinya kajian mendalam akan kita laksanakan termasuk mengambilk­ira apa yang berlaku di peringkat akar umbi dan semua kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama di Program Jalinan Silaturrah­im dan Sambutan Maulidurra­sul Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon 2 Jajahan Kota Bharu di KRT Kurnia Jaya di sini, yang turut dihadiri Pengarah JPNIN Kelantan Norwahidah Zinalibdin.

Program tersebut diadakan bagi memupuk masyarakat yang bersatu padu berasaskan semangat kesukarela­an dalam komuniti.

Md Farid, yang juga anggota Parlimen Tanjung Piai berkata kajian berhubung ratifikasi ICERD masih di peringkat awal dan tiada garis masa yang ditetapkan bagi memuktamad­kan perkara itu setakat ini.

Beliau turut berharap agar masyarakat tidak mempolemik­kan isu ICERD sehingga menggugat keharmonia­n kaum yang dinikmati sejak sekian lama.

Sementara itu beliau berkata pihaknya akan terus memperkasa­kan peranan 8,072 KRT seluruh negara bagi memastikan semangat perpaduan kekal utuh dan masyarakat hidup dengan harmoni.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia