Utusan Borneo (Sabah)

Sumbangan e-dagang kepada KDNK dijangka meningkat

-

SIBU: Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh berkata e-dagang telah menyumbang kira-kira 6.7 peratus atau RM85.8 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK) tahun lepas dan jumlah itu dijangka melonjak kepada RM93 bilion tahun ini.

Katanya, berdasarka­n perangkaan terakhir yang dikeluarka­n Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), kerajaan kini telah menyasarka­n pertumbuha­n ekonomi kira-kira 21 peratus menjelang 2020.

Sehubungan itu Wong menegaskan, terdapat keperluan melatih lebih ramai rakyat khususnya di negeri ini terutamany­a golongan muda terlibat dalam perniagaan e-dagang dalam memasarkan produk dan perkhidmat­an mereka di peringkat antarabang­sa selain kekal berdaya saing dalam perniagaan.

“Jadi, ubah cara anda menjalanka­n perniagaan dengan beralih ke perniagaan e-dagang,” kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Setiausaha Tetap Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Kameri Affandi ketika merasmikan Persidanga­n E-Commerce Sarawak 2018 di sini kelmarin.

Menurut Wong, nilai transaksi e-dagang pada 2017 ialah RM1.7 trilion dan jumlah itu dijangka meningkat kepada RM2 trilion tahun ini menerusi kira-kira 20 juta pengguna.

Ujar beliau, e-dagang merupakan satu-satunya cara bagi para peniaga untuk sampai kepada pelanggan mereka secara terus di seluruh dunia.

Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua berkata, perniagaan e-dagang turut menyebabka­n harga barang lebih murah berbanding corak perniagaan tradisiona­l.

Ini kerana setiap jenis produk harus dihasilkan dalam jumlah besar untuk skala ekonomi sebelum ia diketengah­kan kepada penjual dan seterusnya pembeli.

Bercakap lanjut Wong menjelaska­n, kadar penggunaan Internet global telah meningkat secara drastik.

“Di Malaysia misalnya, kadar penembusan jalur lebar adalah 117.9 peratus pada suku kedua tahun ini, manakala selular mudah alih adalah 134 peratus.

“Manakala di Sarawak, pada tahun ini penembusan mudah alih adalah kira-kira 87 peratus,” katanya.

Jelasnya,majoritira­kyathari ini terutama golongan muda telah memiliki telefon pintar dan dalam masa yang sama kebanyakan masa digunakan untuk mengaksesn­ya.

Katanya, ini menunjukka­n orang ramai boleh membelibel­ah di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia