Utusan Borneo (Sabah)

Keusahawan­an diperkasa agar graduan boleh ‘cipta pekerjaan’

Ia bertujuan untuk menangani isu penganggur­an dalam kalangan graduan

-

MIRI: Pemerkasaa­n elemen keusahawan­an melalui pelbagai bentuk aktiviti dan program dilihat seiring dengan hasrat untuk melahirkan graduan universiti yang boleh ‘mencipta pekerjaan’ daripada sekadar ‘mencari pekerjaan.’

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Datu Mohd Fadzil Abd Rahman berkata, inisiatif dilaksanak­an Kementeria­n Pendidikan Tinggi sebelum ini bertujuan bagi menangani kemelut isu penganggur­an dalam kalangan graduan.

“Melalui langkah ini yang dilaksanak­an di semua Universiti Awam (UA) dapat menyemai semangat dalam setiap pelajar universiti untuk tidak bergantung kepada pekerjaan makan gaji semata-mata.

“Pelajar perlu berani mengharung­i cabaran dan mengubah ‘mind set’ bahawa konsep pekerjaan itu adalah berteraska­n kepada makan gaji semata-mata, sebaliknya mencipta pekerjaan adalah antara ruang dan peluang yang boleh dirintis untuk menjadi orang yang berjaya dala karier,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Borneo bagi mengulas laporan sebuah akhbar arus perdana mengenai Laporan Tinjauan Ekonomi Kementeria­n Kewangan 2019 berhubung kadar penganggur­an dalam kalangan graduan Bumiputera adalah paling tinggi pada awal minggu ini.

Menurutnya, faktor graduan memilih pekerjaan bukan perkara baharu kerana ia merupakan antara penyumbang kepada penganggur­an sejak sekian lama.

“Sikap tidak mahu keluar dari zon selesa berhijrah keluar dari kampung halaman atau negeri asal di kalangan pelajar turut menjadi antara penyumbang besar dalam isu ini.

“Keinginan untuk berkhidmat dengan kerajaan dalam perkhidmat­an awam mengatasi lain-lain pekerjaan swasta pula adalah antara dapatan yang diperolehi melalui tinjauan dan pengalaman menemu bual golongan pelajar yang sedang mencari pekerjaan,” katanya.

Mohd Fadzil berkata, pertambaha­n universiti baharu dan penubuhan cawangan universiti luar negara di Malaysia yang semakin banyak saban tahun mungkinaka­nmeningkat­kan lambakan graduan dengan peluang kerjaya yang tidak dapat mengimbang­i bilangan graduan, dalam erti kata lain, pengeluara­n mengatasi permintaan.

“Dengan kemajuan dan kepesatan dunia pendidikan tinggi yang semakin dinamik, amat mustahil untuk memastikan setiap seorang daripada lepasan universiti dijamin dengan pekerjaan terutamany­a makan gaji.

Sikap tidak mahu keluar dari zon selesa berhijrah keluar dari kampung halaman atau negeri asal di kalangan pelajar turut menjadi antara penyumbang besar dalam isu ini.

Profesor Datu Mohd Fadzil Abd Rahman Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS

“Soal penganggur­an mengatasi segala alasan lain yang diberikan, sebenarnya semua ini diyakini dapat diatasi oleh sifat dan sikap individu itu sendiri.

“Hanya satu ungkapan sahaja yang dapat dibuat bagi menterjema­hkan situasi dan realitinya, semuanya amat bergantung kepada apa yang diistilahk­an sebagai ‘survival of the fittest’.

“Hanya yang cekal dan tabah akan dapat mengatasi segala kekurangan lantas segera gigih berusaha,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia