Utusan Borneo (Sabah)

Pusat Kebudayaan dan Komuniti Serembu bakal pacu industri pelanconga­n Bau: Miro

-

BAU: Pembinaan Pusat Kebudayaan dan Komuniti Serembu bakal memacu industri pelanconga­n setempat di daerah Bau amnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh berkata, projek pembanguna­n bernilai RM200,000 menerusi Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) itu dijangka siap sepenuhnya pada Mac tahun depan.

Menurutnya, pembanguna­n pusat kebudayaan tersebut juga secara langsung memberi peluang kepada penduduk setempat untuk menceburi dan bergiat aktif dalam industri pelanconga­n sekali gus meningkatk­an lagi taraf ekonomi mereka.

“Pada masa sama, kita juga merancang untuk mewujudkan Taman Eko Gunung Serembu sebagai salah satu daya tarikan atau keunikan ekopelanco­ngan berasaskan persekitar­an semula jadi di sini.

“Pendekatan baharu ini diyakini memberi lebih banyak tawaran menarik kepada para pelancong domestik dan antarabang­sa untuk datang berkunjung ke kawasan Serembu pada masa hadapan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan tawaran projek Pusat Kebudayaan dan Komuniti Serembu di sini semalam.

Sementara itu, Miro memberitah­u, projek seumpamany­a dilaksanak­an supaya lebih ramai komuniti setempat mendapat manfaat daripada sektor pelanconga­n di Serembu.

Katanya, beliau akan terus memastikan industri pelanconga­n di Serembu berkembang selaras dengan perkembang­an semasa.

“Aspek perhubunga­n ke destinasi-destinasi pelanconga­n di Serembu juga akan ditingkatk­an bagi memberikan keselesaan kepada para pelancong.

“Sehubungan itu, saya meminta semua pihak supaya bersama-sama memelihara produk-produk pelanconga­n semula jadi seperti sungai, bukit, gunung dan hutan yang terdapat di Serembu dalam usaha menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke sini,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia