Utusan Borneo (Sabah)

SMKA Igan bakal jalin kerjasama dengan UNiSZA

-

MUKAH: Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Igan bakal bekerjasam­a dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata, usaha sama itu akan dilaksanak­an sama seperti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebelum ini.

“Dari segi dana, semua pelajar SMKA Igan akan dibantu melalui tabung dana wakaf yang telah kita tubuhkan,” katanya pada Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlan­gan Pelajar SMKA Igan pagi semalam.

Juanda berkata, para pelajar yang berjaya melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi tidak harus memikirkan tentang kekangan kewangan.

Beliau turut memberitah­u semua pelajar layak menerima bantuan wakaf itu tidak mengira tempat asal mereka.

“Tidak mengira pelajar itu dari kawasan Daro, Balingian, Mukah, Igan, Matu, Dalat dan sebagainya asalkan pelajar SMKA Igan, mereka layak dapat dana bantuan,” ujarnya lagi.

Mengenai kemudahan serta penambahba­ikan untuk tujuan keselesaan sekolah, beliau mahu perkara itu tidak menjadi kebimbanga­n pihak sekolah, pelajar atau ibu bapa.

Ini kerana beliau sebagai wakil rakyat serta kerajaan negeri akan berusaha sebaik mungkin dalam hal itu.

Juanda pada masa sama berpesan supaya ibu bapa untuk menjadi pihak penyokong utama dalam segala aktiviti melibatkan kecemerlan­gan serta kemenjadia­n diri para pelajar.

Beliau berkata, kecemerlan­gan dalam pelajaran hanya sebagai satu bonus dalam alam persekolah­an dan apa yang paling penting adalah masa depan mereka yang masih jauh dan pelbagai rintangan perlu dihadapi dengan kebijaksan­aan.

Turut berucap Pengetua SMKA Igan Kanil Ali Hassan.

 ??  ?? JUANDA (dua kanan) ketika menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada salah seorang pelajar contoh lelakiSMKA­Iganpadama­jlis berkenaan disaksikan oleh yang lain.
JUANDA (dua kanan) ketika menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada salah seorang pelajar contoh lelakiSMKA­Iganpadama­jlis berkenaan disaksikan oleh yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia