Utusan Borneo (Sabah)

Wanita dakwa dirogol anggota polis dalam tandas balai

-

SIBU: Seorang pembantu kedai wanita mendakwa dirogol oleh seorang anggota polis berpangkat koperal di dalam tandas sebuah balai polis di Sarikei, baru-baru ini.

Namun apabila kakaknya membuat laporan di balai polis yang sama, mangsa, 19, mendakwa dia telah dipujuk oleh rakan sekerja suspek dan seorang ketua masyarakat agar menggugurk­an kes tersebut.

Mangsa turut mendakwa dipujuk agar memberi peluang kedua kepada suspek memandangk­an suspek akan bersara beberapa tahun lagi.

Mengimbau kembali insiden itu pada satu sidang akhbar bersama Ahli Parlimen Lanang Alice Lau tengah hari semalam, mangsa berkata, dia telah menaiki bas kira-kira jam 10 malam dari Kuching ke Sibu pada 28 Oktober lalu.

Hasratnya ke Sibu adalah untuk meraikan hari jadi kakaknya.

“Saya turun dari bas untuk pergi ke tandas apabila bas singgah di Terminal Bas Sarikei antara jam 4 pagi dan jam 5 pagi.

“Namun apabila saya keluar dari tandas, bas telah bertolak semula, dompet dan telefon bimbit saya tertinggal di dalam bas,” katanya.

Mangsa berkata, dia telah memberhent­ikan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang kebetulan melintasi kawasan itu.

“Saya pergi bersama lelaki itu untuk mengejar bas, tetapi tidak berjaya dan kemudian menggunaka­n telefon bimbitnya untuk memaklumka­n kakak saya mengenai perkara itu,” tambahnya.

Lelaki itu kemudian membawanya ke balai polis kerana memikirkan ia tidak selamat bagi mangsa untuk bersendiri­an di luar pada masa itu.

“Apabila dia menghentik­an kenderaann­ya di depan pintu pagar balai polis, dia mula menyentuh saya. Dia meminta saya masuk ke dalam tandas balai. Oleh kerana ketakutan saya lakukan apa saja yang dikatakann­ya,” katanya.

Mangsa mendakwa suspek kemudian merogolnya di dalam tandas.

Selepas itu, mangsa mendakwa suspek menghantar­nya kembali ke terminal bas dan memberinya RM30 untuk makan dan tambang bas ke Sibu.

Bagaimanap­un, mangsa kembali ke balai polis pada jam 10 pagi hari sama bersamakak­aknya yang telah bergegas ke Sarikei untuk membuat laporan polis.

“Di balai, salah seorang lelaki berkata saya berbohong, maka saya meminta semua anggota polis yang bekerja pada waktu malam sebelumnya diarak untuk membolehka­n saya mengenal pasti suspek,” katanya.

Mangsa berkata, dia menunjukka­n gambar suspek kepada seorang pegawai di mana ia menyamai foto yang dihantar kepada kakaknya semasa menggunaka­n telefon suspek untuk membuat panggilan pada pagi itu.

“Dua hingga tiga anggota polis memberitah­u kakak saya untuk menggugurk­an kes itu atas alasan bahawa suspek akan bersara dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi. Malah, seorang lagi pegawai menuduh saya berbohong,” katanya.

Sepuluh hari kemudian pada 8 November lalu, seorang ketua masyarakat di Sarikei dipercayai menghubung­i kakak mangsa untuk menyelesai­kan kes itu.

Bimbang keselamata­nnya terancam, kakaknya membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Merah di Sibu.

Alice berkata, dua adikberadi­k itu datang mencarinya untuk bantuan kerana mereka bimbang kes tersebut akan ditutup.

“Saya telah memaklumka­n Timbalan Menteri Dalam Negeri di Kuala Lumpur dan dia memberitah­u saya bahawa polis sedang menjalanka­n siasatan kes itu,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sarikei DSP Awang Arfian Awang Bujang ketika dihubungi berkata, satu laporan polis berhubung kes itu telah diterima pihaknya.

“Suspek berpangkat korperal tersebut berumur 53 tahun dan dijangka akan bersara beberapa tahun lagi,” katanya.

Tambahnya, tiada kompromi dalam kes sedemikian dan ia akan disiasat mengikut prosedur operasi standard (SOP) polis.

 ??  ?? MANGSA (tengah) menunjukka­n laporan polis sambil ditemani kakaknya (kiri) dan Alice pada sidang media pada Sabtu.
MANGSA (tengah) menunjukka­n laporan polis sambil ditemani kakaknya (kiri) dan Alice pada sidang media pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia