Utusan Borneo (Sabah)

Proses pemilihan di Lawas hampir terjejas

-

LAWAS: Proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Lawas hampir terjejas berikutan tindakan Majlis Daerah Lawas (MDL) yang membatalka­n pada saat akhir penggunaan Stadium Tertutup Lawas untuk pengundian pada Sabtu.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak yang juga Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata, pemilihan PKR Cabang Lawas dicemari isu penyalahgu­naan kuasa.

Menurut Baru, beliau dimaklumka­n tengah malam kelmarin oleh seorang pegawainya bahawa kebenaran penggunaan stadium itu telah dibatalkan atas arahan pihak atasan.

Baru yang juga Ahli Parlimen Selangau dan Adun Ba’ Kelalan berkata, tindakan itu jelas satu penyalahgu­naan kuasa.

“Tindakan ini jelas menyalahgu­nakan kuasa untuk menekan pihak kami dan perkara ini akan kita ambil tindakan secara serius dengan mengarahka­n pegawai saya membuat laporan lengkap kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” tambahnya.

Katanya,kelulusanb­erserta bayaran sebanyak RM500 telah dibuat minggu lepas dan pihak MDL sepatutnya memberi tempoh yang cukup untuk PKR mencari lokasi lain bagi proses pemilihan pusat PKR.

Baru yang menang tanpa bertanding untuk kekal menjadi Pengerusi PKR Sarawak dan Ketua PKR Lawas menyifatka­n perkara itu sebagai tindakan tidak matang kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Namun demikian, Baru menegaskan pemilihan pusat PKR masih diteruskan pagi semalam dengan membabitka­n lebih 1,000 pemilih berdaftar PKR Cabang Lawas.

Beliau juga berpuas hati pemilihan pusat PKR semalam berjalan lancar tanpa sebarang insiden dengan majoriti undi berpihak kepada kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sebaik berakhir pemilihan ni, Baru yakin semua ahli PKR akan kembali fokus dan terus bekerjasam­a seperti biasa dalam suasana lebih baik.

 ??  ?? BARU melihat lebih dekat proses pemilihan di Lawas dan gembira proses berlangsun­g dengan telus.
BARU melihat lebih dekat proses pemilihan di Lawas dan gembira proses berlangsun­g dengan telus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia