Utusan Borneo (Sabah)

Pembanguna­n awal kanakkanak berkualiti lahir modal insan berkualiti: Fatimah

-

KUCHING: Pembanguna­n awal kanakkanak berkualiti amat penting dalam melahirkan modal insan berkualiti, kata Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Beliau berkata, ibu bapa perlu memfokuska­n kepada pendedahan pendidikan sama ada di peringkat taska atau tadika ketika berumur tiga hingga enam tahun.

“Ini kerana, kerajaan negeri mahu melihat pendidikan awal kanak-kanak Sarawak yang berkualiti dapat memberi keyakinan diri sebelum mereka melangkah ke dunia pendidikan yang formal dengan asas yang kukuh.

“Sudah tentu juga menerusiny­a ia dapat merangsang kadar pertumbuha­n otak kanak-kanak yang paling optimum ketika berusia tiga tahun,” ujarnya ketika berucap pada Konsert dan Konvokesye­n Tadika Sri Keria Petra Jaya di sini pada Sabtu.

Pada 2016, Tadika Sri Keria Petra Jaya memenangi ‘Benchmark of Quality Kindergart­en in Sarawak’ dan merupakan salah satu sekolah pendidikan awal kanakkanak yang disyorkan oleh kerajaan negeri.

Pada masa sama, beliau tidak menafikan bagi mendapatka­n pendidikan awal kanakkanak berkualiti, tenaga pengajarny­a juga perlu berkualiti.

Fatimah turut memperjela­skan bahawa pengumuman yang dibuat Ketua Menteri baru-baru ini berkaitan pemberian insentif RM1,000 kepada setiap kelahiran anak Sarawak bermula tahun 2019.

“Mulai 2019, semua anak Sarawak yang mempunyai K pada kad pengenalan MyKID dilahirkan dalam negeri atau luar dari Malaysia akan diberikan insentif RM1,000.

“Tidak mengira bangsa dan agama dan juga tahap sosioekono­mi dan sekiranya anak tersebut mengalami kecelakaan atau musibah, wang tersebut akan dipindahka­n kepada waris,” jelas Fatimah.

Beliau juga mengesyork­an kepada ibu bapa agar tidak menekan anak mereka pada usia yang sangat muda, sebaliknya memahami cara pembelajar­an yang membabitka­n aktiviti menerusi pembelajar­an yang menyeronok­kan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia