Utusan Borneo (Sabah)

Promenade Bintulu tawar pakej perkahwina­n terkini

Pasangan pengantin yang mengesahka­n jamuan di Hotel Promenade Bintulu akan menikmati kemudahan istimewa

-

BINTULU: Hotel Promenade Bintulu menawarkan pakej perkahwina­n terkini dengan perasmian `Promenade Bridal Fair 2018: Launching of Promenade Wedding Package 2019’ di Emerald Ballroom hotel terbabit semalam.

Pertunjuka­n pakej perkahwina­n dan pakaian pengantin yang diadakan sehari itu memberikan tawaran eksklusif bagi yang mendaftar awal untuk mendapatka­n pakej tersebut.

Pengurus Hotel Promenade Bintulu S Ganapathy berkata, pasangan pengantin yang mengesahka­n untuk mengadakan jamuan perkahwina­n di Hotel Promenade Bintulu akan menikmati beberapa kemudahan istimewa iaitu percuma satu meja daripada 30 meja yang ditempah bayar, ‘Wedding Wall of Fame’ bersaiz 5 kaki x 7 kaki, penginapan satu malam di Bilik Deluxe dengan sarapan untuk dua orang serta hadiah perkahwina.

Selain itu katanya, tawaran percuma juga adalah kek buah satu kilogram, Sunday High Tea untuk dua orang di Peppers Cafe dan makanan ringan di semua meja disediakan semasa jamuan perkahwina­n.

“Pasangan pengantin yang masih tercari-cari tempat perkahwina­n yang sempurna, pasukan berpengala­man luas Hotel Promenade Bintulu dalam merancang perkahwina­n memberi jaminan akan membawa pasangan terbabit melihat kawasan sekitar hotel dan berbincang lanjut mengenai hari istimewa mereka,” ujarnya berucap melancarka­n Promenade Bridal Fair 2018: Launching of Promenade Wedding Package 2019 di hotel terbabit semalam.

Dengan menggabung­kan pasukan perkhidmat­an profesiona­l dan peribadi katanya, pihaknya akan menjaga sebaiknya hari istimewa setiap pasangan agar dapat menikmati setiap minit masa indah pada hari perkahwina­n mereka.

Beliau berkata, bagi yang tidak dapat menghadiri pertunjuka­n pengantin hari ini boleh menikmati Promenade Bonus Treats percuma satu meja untuk tempahan 30 meja berbayar, penginapan satu malam di Bilik Superior dengan sarapan untuk dua orang, 1 Sunday High Tea untuk dua orang di Peppers Cafe dan hadiah perkahwina­n bermula 12 November(Isnin) hingga 17 Novemebr (Sabtu)ini.

Keterangan lanjut berkenaan tawaran itu hubungi talian hotline katering di 086-858868.

Dalam pada itu, melalui kerjasama daripada namanama terkenal dalam industri berkaitan, pelancaran pakej itu tidak akan menjadi kenyataan justeru Ganapathy mengucapka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada penaja dan rakan peserta terbabit iaitu Amy Hamka & Rose Bridal, Wedding Couture Ric & Angela, De’Chapz & Vicky Bridal Studio, PS Make Up Academy dan Q-dees Starters.

Beberapa acara yang diadakan adalah perarakan pertunjuka­n gaun pengantin, fesyen gaun malam pengantin, persembaha­n nyanyian dan tarian, cabutan bertuah dan cabutan bertuah untuk pasangan yang mengesahka­n perkahwina­n mereka di hotel terbabit.

S GANAPATHY

Pengurus Hotel Promenade Bintulu

GANAPATHY (tengah) bersama pengusaha pakej pengurusan perancang perkahwina­n melancarka­n Promenade Bridal Fair 2018: Launching of Promenade Wedding Package 2019 di Hotel Promenade Bintulu semalam.

“Pasangan pengantin yang masih tercaricar­i tempat perkahwina­n yang sempurna, pasukan berpengala­man luas Hotel Pro mena d e Bintulu dalam merancang perkahwina­n memberi jaminan akan membawa pasangan terbabit melihat kawasan sekitar hotel dan berbincang lanjut mengenai hari istimewa mereka,”

 ??  ??
 ??  ?? PERAGAWAN dan peragawati memperagak­an pelbagai jenis gaun dan sut khusus untuk pasangan pengantin.
PERAGAWAN dan peragawati memperagak­an pelbagai jenis gaun dan sut khusus untuk pasangan pengantin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia