Utusan Borneo (Sabah)

Pilihan raya pertengaha­n penggal, kadar faedah AS dorong aliran keluar dana asing

-

KUALA LUMPUR: Dana asing menjual semula pegangan mereka dan menjadi penjual bersih di Bursa Malaysia minggu ini, berikutan faktor luaran seperti pilihan raya pertengaha­n penggal Amerika Syarikat (AS) dan kemungkina­n Rizab Persekutua­n AS (Fed) menaikkan kadar faedah, terus membelengg­u pasaran.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata reaksi pasaran terhadap pilihan raya pertengaha­n penggal AS agak bercampurS­IBU: campur memandangk­an kemungkina­n tiada perkembang­an dapat dilihat dari segi pembentuka­n dasar.

“Tambahan pula, Fed memberi petunjuk bahawa ia akan terus menaikkan Kadar Dana Persekutua­n (FFR) secara berperingk­at, dengan peningkata­n berpotensi seterusnya pada bulan depan.

“Selepas itu barulah kita boleh menjangkak­an perbincang­an lanjut mengenai kadar neutral, jadi wujud kemungkina­n ketidakten­tuan pasaran berhubung di mana seharusnya Fed berhenti daripada menaikkan FFR,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, beliau berkata unjuran penarafan Moody’s Investors Service ke atas Petronas, yang diselarask­an daripada stabil kepada negatif, turut berpotensi mempengaru­hi sentimen pelabur.

Mohd Afzanizam berkata Bursa Malaysia dijangka kekal pada julat yang kecil minggu depan, menjelang pengumuman prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga yang dijadualka­n pada 16 Nov.

“Kami yakin ekonomi akan terus berkembang di bawah lima peratus berdasarka­n sektor luaran yang perlahan serta perbelanja­an berhatihat­i oleh kerajaan.

“Susulan itu, perbelanja­an pengguna seharusnya mengambil peranan dalam mendorong perkembang­an ekonomi memandangk­an aliran pendapatan dan keadaan pasaran tenaga kerja yang stabil. Perbelanja­an modal berterusan oleh firma swasta turut dapat menyokong pertumbuha­n ekonomi kepada tahap tertentu,” katanya.

Pada Jumaat, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup rendah pada 1,708.09 daripada 1,713.87 yang dicatatkan pada minggu sebelum ini manakala ringgit turut ditutup rendah pada 4.1780/1810 berbanding dolar AS daripada 4.1600/1650.

Ketua Penyelidik­an RHB Investment Bank, Alexander Chia berkata kepada Bernama, pelabur asing kekal tidak memasuki pasaran minggu ini selepas pembelian bersih minggu lepas bernilai RM323 juta menjelang pengumuman Belanjawan 2019.

Secara kumulatif, dana asing adalah penjual bersih pada RM103.4 juta minggu ini.

Senario ini, katanya, berkemungk­inan berterusan berikutan kekurangan pemangkin untuk merangsang pasaran, manakala pasaran luar, terutama harga minyak mentah akan terus mempengaru­hi keputusan mereka untuk melabur.

“Kita perlu melihat a payang akan berlaku dalam pasaran global kerana saya tidak fikir ada pemacu domestik dalam tempoh terdekat. Saya berpandang­an mereka akan memberi perhatian kepada pergerakan harga minyak mentah kerana sekarang minyak mentah Brent sudah mencecah AS$70 setong, turun secara ketara daripada harga tertinggi baru-baru ini kira-kira AS$85 setong.

“Seperti yang kita tahu, harga minyak mentah yang lebih tinggi adalah positif untuk Malaysia sebagai pengekspor­t minyak bersih. Sekiranya harga itu bergerak ke bawah, ini menjadi negatif bagi ringgit dan juga sentimen,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia