Utusan Borneo (Sabah)

Jadikan ilmu satu rahmat

Bukannya untuk wang semata-mata

-

SINTOK: Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah pada Ahad bertitah menasihati graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) supaya menjadikan ilmu sebagai satu rahmat dan bukannya untuk mendapatka­n wang semata-mata.

Sehubungan itu, baginda yang juga Canselor UUM bertitah agar para graduan dapat mengaplika­sikan ilmu dan juga pengalaman diperoleh selama ini demi kepentinga­n rakyat.

“Sesungguhn­ya pendidikan di universiti bukan sematamata sekadar mendapatka­n kelulusan untuk mencari pekerjaan tetapi ianya merupakan satu tapak persediaan untuk meneruskan kehidupan yang sempurna di masa hadapan.

“Nasihat Muhammad Yunus, penerima anugerah ‘Nobel Peace Prize’ pada tahun 2006,‘ Bea creative person. Become an entreprene­ur’.

Ungkapan ini haruslah difikir dengan bijaksana akan maksud yang tersirat.

“Beta berharap para graduan dapat mengambil inspirasi daripada kata-kata hikmah ini agar dapat meneruskan kehidupan dengan cara yang lebih berjaya, kreatif dan produktif sehingga mampu menjadi ‘pencipta kerja’ dan bukan sekadar ‘pencari kerja’,” titah baginda.

Baginda bertitah pada istiadat pemasyhura­n Raja Muda Kedah Tengku Saraf u di n Badlishah Sultan Sallehuddi­n sebagai Pro-Canselor UUM yang baharu dan pembukaan Majlis Konvokesye­n Ke-31 UUM, di sini pada Ahad. Istiadat pemasyhura­n itu disempurna­kan Sultan Sallehuddi­n.

Turut berangkat ke majlis itu Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff, Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff dan Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Selain itu, Sultan Sallehuddi­n turut bertitah para graduan jangan terlalu selesa malah harus bersiap siaga daripada segi fizikal, mental dan rohani untuk menghadapi cabaran mendatang.

Baginda bertitah para graduan haruslah bijak menganalis­a persekitar­an untuk mencari dimensi baharu bagi meneruskan kelangsung­an hidup.

“Kita sedia maklum bahawa pelbagai gelombang perubahan telah berlaku di seluruh dunia. Dengan munculnya ‘Connected Intelligen­ce Era’, dijangka akan berlaku perubahan akibat pertembung­an antara alam manusia, dengan dunia robot.

“Di sinilah cabaran yang perlu ditempuhi oleh para graduan untuk berusaha mewujudkan satu

SULTAN SALLEHUDDI­N SULTAN BADLISHAH

ekosistem baharu yang lebih adil dan saksama serta berpaksika­n kesejahter­aan. Soal kemanusiaa­n, seperti keprihatin­an, keadilan, kemesraan adalah antara perkara yang harus diberikan perhatian sewajarnya.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita amat bertuah kerana dilahirkan di sebuah negara yang aman dan makmur, yang menyediaka­n begitu banyak peluang untuk dimanfaatk­an. Namun, kita juga harus akui bahawa kita tidak boleh lari daripada persaingan, sama ada sesama kita, mahupun di peringkat global,” titah baginda.

Sementara itu, Sultan Sallehuddi­n bertitah para graduan dan seluruh anggota masyarakat bertanggun­gjawab untuk menggerakk­an konsep masyarakat penyayang secara serius kerana pelbagai gejala negatif semakin menular dalam kalangan masyarakat.

“Beta amat berharap, agar para graduan menjadi contoh dan ‘role model’ untuk memastikan masyarakat kita beretika dan mengamalka­n sifat kasih sayang,” titah baginda.

Pada majlis itu Sultan Sallehuddi­n turut mengurniak­an Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Logistik) kepada Pengarah Urusan dan Ketua Pengarah Eksekutif PKT Logistics Group Sdn Bhd Datuk Michael Tio.Bernama

“Sesungguhn­ya pendidikan di universiti bukan semata-mata sekadar mendapatka­n kelulusan untuk mencari pekerjaan tetapi ianya merupakan satu tapak persediaan untuk meneruskan kehidupan yang sempurna di masa hadapan. ”

 ??  ?? SULTAN Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah mengurniak­an Ijazah Kehormat Doktor Falsafah PhD (Pengurusan Logistik) kepada Pengarah Urusan dan Ketua Pengarah Eksekutif PKT Logistik Group Sdb Bhd, Datuk Michael Tio (kiri) pada Majlis Konvokesye­n ke-31 UUM, pada Ahad. -Gambar Bernama
SULTAN Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah mengurniak­an Ijazah Kehormat Doktor Falsafah PhD (Pengurusan Logistik) kepada Pengarah Urusan dan Ketua Pengarah Eksekutif PKT Logistik Group Sdb Bhd, Datuk Michael Tio (kiri) pada Majlis Konvokesye­n ke-31 UUM, pada Ahad. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia