Utusan Borneo (Sabah)

Kebudayaan, kesihatan penting untuk ditonjol kepada pelancong asing

-

KUALA SELANGOR: Kesihatan dan kebudayaan adalah sangat penting dalam masyarakat sebagai identiti yang boleh ditonjolka­n kepada pelancong asing khususnya yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelanconga­n utama mereka.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Kebudayaan Dan Pelanconga­n, Peradaban Melayu Dan Warisan Selangor, Datuk Abdul Rashid berkata kedua-dua aspek ini boleh dijadikan sebagai hab kepada kedatangan pelancong ke negeri ini.

“Saya turut terkesan dalam Belanjawan 2019 yang telah dibentangk­an oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 2 Nov lalu, yang mana pelanconga­n kesihatan di Malaysia terus mendapat pengiktira­fan negara luar.

“Kita juga cukup bertuah kerana kepelbagai­an identiti etnik merupakan aset tidak ternilai harganya kepada masyarakat dan negara. Menerusi kepelbagai­an ini, kita mewarisi seni budaya yang penuh warna-warni dan inilah yang menjadi sumber kekuatan kita sehingga dunia mengenali Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum yang harmoni di bawah jenama ‘Malaysia Truly Asia’,” katanya.

Abdul Rashid berkata demikian ketika merasmikan Karnival Sihat dan Kebudayaan bersama Hari Bertemu Pelanggan anjuran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dengan kerjasama Worldwide Environmen­t dan Ecoworld di Eco Grandeur Puncak Alam, di sini pada Ahad.

Penganjura­n karnival yang dihadiri lebih 1,000 tetamu itu bertujuan meningkatk­an kesedaran dalam aspek kesihatan, kebudayaan dan keharmonia­n selain mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara warga Kuala Selangor yang berbilang kaum.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam karnival sehari itu adalah senamrobik, kempen berjalan 10,000 langkah, jualan kendera saji (food truck), program kesedaran denggi, jualan produk kesihatan, pemeriksaa­n kesihatan percuma, persembaha­n tarian kuda kepang, silat, kumpulan muzik dan perasmian Bike Park, Eco Grandeur.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia