Lagi peluncur dibaham jerung di barat Australia
SYDNEY: Seorang peluncur telah digigit oleh seekor ikan jerung di bahagian kaki di luar sebuah pantai di pantai barat Australia semalam, menurut pihak berkuasa, yang terbaharu dalam serangan terbaharu yang melihat seorang lelaki lagi meninggal dunia.
Peluncur tersebut, berusia lingkungan 20an, sedang meluncur di Pyramids Beach di selatan Perth di Australia Barat pada pagi semalam ketika serangan itu berlaku, seorang pegawai perikanan memberitahu AFP.
Seorang saksi memberitahu laman sesawang berita WA Today lelaki itu bersama seorang peluncur lagi di dalam air ketika sekumpulan besar ikan salmon berenang melepasi mereka dan amaran bagi ikan jerung dilakukan.
“Beliau telah diserang di bahagian bawah kaki, dengan beberapa gigitan,” menurut Damian Baker, yang sedang melihat dari tepi pantai.
Pemuda tersebut telah menarik dirinya ke atas sebuah batu selepas beliau digigit, menurut anggota penyelamat luncur. Beliau telah dibawa ke hospital dengan kecederaan yang tidak membahayakan nyawa.
Pegawai negara mengesahkan serangan oleh satu spesis ikan jerung yang tidak diketahui dalam satu kenyataan.
Beberapa buah pantai di kawasan tersebut telah ditutup dan polis perairan sedang meronda perairan, kata jabatan perikanan negara.
Serangan adalah kejadian kelima di luar pantai Australia dalam tempoh dua bulan.
Seorang perenang meninggal dunia pada Isnin lepas selepas digigit oleh seekor ikan jerung di pulau Whitsunday di luar Queensland, kejadian ketiga di kawasan pelancongan sejak September.
Pada Rabu, seorang peluncur telah bergelut dengan ikan jerung dengan papan luncurnya selepas digigit di bahagian kaki di Shelly Beach, sebuah lagi kawasan pelancongan terkenal di wilayah New South Wales. — AFP