Utusan Borneo (Sabah)

Isu penoreh akan dibangkit

Selagi Belanjawan 2019 belum diluluskan

-

ALOR SETAR: Isu penoreh yang pendapatan mereka terjejas akibat kejatuhan harga getah sejak beberapa bulan lalu, akan dibangkitk­an dalam perbahasan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat agar kerajaan Pusat mempertimb­ang semula sejumlah peruntukan khusus untuk golongan itu.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata pihaknya yakin akan ada sedikit ruang untuk DATUK SERI MUKHRIZ TUN MAHATHIR Menteri Besar Kedah mendapatka­n peruntukan untuk membantu golongan penoreh kerana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ada menyebut bahawa akan ada bajet tambahan bagi Belanjawan 2019.

“Bajet belum diluluskan sehingga berakhirny­a perbahasan bajet dan kali ini sidang dewan berlangsun­g selama dua bulan dan dalam tempoh itu banyak perkara akan dibahas termasuk isu ini.

“Bagi pihak Kedah saya dan anggota Parlimen lain akan bangkitkan isu ini, malah negeri-negeri lain yang rakyatnya bergantung kepada hasil getah juga akan buat perkara sama,” katanya pada sidang akhbar selepas membentang­kan Belanjawan 2019 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, di sini pada Ahad.

Beliau berkata untuk sementara waktu kerajaan negeri akan menyalurka­n bantuan keperluan harian kepada golongan penoreh bagi meringanka­n beban mereka.

Sementara itu, Mukhriz berkata kerajaan negeri juga berharap agar peruntukan untuk pelbagai projek menaik taraf bekalan air di negeri ini dapat diluluskan oleh kerajaan pusat.

“Kami dapat peruntukan daripada kerajaan pusat untuk projek-projek bekalan air khususnya untuk membina loji rawatan air (LRA) untuk memastikan tekanan air boleh ditingkatk­an ... daripada lima projek (LRA), dua projek sudah diluluskan dan kami berharap kerajaan pusat akan luluskan untuk tiga projek lagi kerana ia jadi keperluan Kedah waktu ini yang menghadapi masalah bekalan air.

“Kami memahami kekangan kewangan dihadapi kerajaan pusat dan berterima kasih kerana dua projek masih berjalan dan kami buat secara tender terbuka, tidak lagi anugerah secara langsung seperti diamalkan oleh kerajaan terdahulu dan itu satu pendekatan lebih baik dan menjimatka­n,” katanya.

Mukhriz semasa membentang­kan belanjawan hari ini memberitah­u dalam usaha menangani masalah bekalan air terawat, kerajaan negeri memperuntu­kkan RM158 juta bagi melaksanak­an pelbagai projek menaik taraf bekalan air melalui pinjaman daripada kerajaan Persekutua­n.

Beliau berkata usaha itu memberi tumpuan kepada dua projek yang diluluskan sebelum ini iaitu Projek Menaik Taraf LRA di Pelubang dan Jenun Baharu.

Katanya tiga lagi projek iaitu Projek Menaik Taraf LRA di Bukit Selambau, Sungai Limau dan Lubuk Buntar akan diteruskan selepas projek Pelubang dan Jenun Baharu selesai.-Bernama

“Bagi pihak Kedah saya dan anggota Parlimen lain akan bangkitkan isu ini, malah negeri-negeri lain yang rakyatnya bergantung kepada hasil getah juga akan buat perkara ” sama

 ??  ?? MENTERI Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir bersama Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Amiruddin Hamzah (dua, kiri) dan barisan Exco selepas membentang­kan Bajet 2019 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah Ke14 di Wisma Darul Aman pada Ahad.
MENTERI Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir bersama Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Amiruddin Hamzah (dua, kiri) dan barisan Exco selepas membentang­kan Bajet 2019 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah Ke14 di Wisma Darul Aman pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia