Utusan Borneo (Sabah)

Johor perlu kekal negeri barisan hadapan pastikan PH kekal memerintah

-

JOHOR BAHRU: Johor perlu menjadi ‘negeri barisan hadapan’ dalam memastikan Pakatan Harapan (PH) terus kekal sebagai pemerintah pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata ia antara perkara yang digariskan DAP Johor dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini demi memastikan PH terus diterima rakyat.

“Walaupun sudah menang (PRU14) tetapi Johor perlu jadi tempat untuk kita (PH) mesti menang. Kalau kita menang di Johor, maka, kita boleh menang di seluruh negara.

“Johor adalah tempat klasik masyarakat majmuk… kalau menang di Johor, kita boleh menang di seluruh negara kerana mendapat sokongan Melayu, India dan Cina,” katanya berucap pada Konvensyen DAP Johor, di sini pada Ahad.

Katanya DAP pula dalam masa sama perlu menjadi sebuah parti idealisme yang sentiasa mempunyai idea-idea baharu.

Liew berkata adalah penting bagi semua pemimpin dan anggota parti itu supaya idea yang ditampilka­n mereka dapat membawa kesejahter­aan rakyat.

“Adalah penting untuk semua ahli, sebagai parti yang idealisme… kita bukan parti untuk menerima habuan, jawatan dan gelaran tetapi kita adalah parti yang memasuki politik untuk laksanakan ideaidea baharu supaya kita membawa kehidupan lebih sejahtera untuk semua rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP berkata parti itu akan menumpukan usaha melatih para Ahli Majlis dan ketua masyarakat di seluruh negara tahun depan.

Katanya sebagai ejen perubahan di peringkat akar umbi, maka, latihan terbabit penting bagi golongan itu mendapatka­n pengetahua­n pendidikan politik lebih baik.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia