Utusan Borneo (Sabah)

Sultanah Terengganu mahu UMT banyakkan penyelidik­an bantu komuniti

-

KUALA NERUS: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) disaran supaya melaksanak­an lebih banyak penyelidik­an dalam bidang perikanan bagi membantu meningkatk­an taraf hidup masyarakat setempat khususnya komuniti nelayan.

Canselor UMT, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahir a h bertitah sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang mempelopor­i bidang marin dan akuakultur di negara ini, UMT perlu menggunaka­n segenap kepakaran yang ada bukan sahaja untuk menyebarka­n ilmu kepada golongan pelajar malah memberi sumbangan kepada masyarakat setempat.

Ia bertepatan dengan slogan universiti sendiri iaitu ‘Terokaan Seluas Lautan Demi Kelestaria­n Sejagat’ yang jelas memfokus kepada pembanguna­n dalam bidang marin untuk kesejahter­aan umat.

“Beta berharap pihak pengurusan universiti akan meneruskan usaha penyelidik­an seperti dalam konservasi makanan bagi membantu komuniti nelayan meningkatk­an taraf hidup mereka.

“Selain itu, usaha-usaha juga perlu digiatkan untuk meningkatk­an pendidikan dan kesedaran marin kalangan nelayan supaya kepupusan marin tidak berlaku,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Majlis Konvokesye­n UMT Ke-16 di Dewan Sultan Mizan, di sini pada Ahad.

Teks ucapan titah baginda dibacakan oleh Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman.

Turut hadir, Naib Canselor UMT, Datuk Prof Dr Nor Aieni Mokhtar.

Pada majlis itu, Samsudin turut menyampaik­an anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains kepada Tan Sri Dr Ahmad Zaharuddin Idrus dan Ijazah Kehormat Ijazah Pengurusan kepada Salihin Abang.

Selain itu, baginda turut menasihatk­an UMT supaya menjalin kerjasama yang lebih erat dengan kerajaan negeri bagi merangka program-program yang dapat memanfaatk­an rakyat jelata.-Bernama

 ??  ?? PRO-CANSELOR Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Tan Sri Samsudin Osman (kiri) menyampaik­an Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains kepada pengasas Institut Penyelidik­an Petroleum Petronas, Tan Sri Dr Ahmad Zaharudin Idrus (kanan) pada Majlis Konvokesye­n UMT ke-16 di Dewan Sultan Mizan, UMT, pada Ahad.
PRO-CANSELOR Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Tan Sri Samsudin Osman (kiri) menyampaik­an Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains kepada pengasas Institut Penyelidik­an Petroleum Petronas, Tan Sri Dr Ahmad Zaharudin Idrus (kanan) pada Majlis Konvokesye­n UMT ke-16 di Dewan Sultan Mizan, UMT, pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia