Utusan Borneo (Sabah)

Harimau Malaya naib juara Futsal AFF 2018

-

KUALA LUMPUR: Skuad futsal kebangsaan muncul naib juara Kejuaraan Futsal Persekutua­n Bola Sepak ASEAN (AFF) 2018 selepas tewas 2-4 kepada penyandang juara, Thailand pada aksi final, pada Ahad.

Pada perlawanan yang berlangsun­g di Gelanggang Olahraga (GOR) Universiti Negeri Yogyakarta, Indonesia itu, barisan anak buah Chiew Chun Yong turun dengan misi membalas dendam selepas kalah kepada lawan sama di pentas final 2017.

Namun segalanya serba tidak menjadi apabila skuad negara ketinggala­n 1-2 sebelum berehat, menyaksika­n pasukan Gajah Putih itu menguasai hampir keseluruha­n perlawanan.

Babak kedua menyaksika­n pasukan negara cuba bangkit, namun Thailand terus menggandak­an asakan, sebelum Malaysia berjaya menambah satu jaringan manakala pasukan lawan menyumbat dua lagi gol untuk memadamkan sisa-sisa perjuangan pemain negara dan sekadar berpuas hati di tempat kedua.

Pasukan kebangsaan yang muncul juara Kumpulan A melangkah ke perlawanan akhir setelah menumpaska­n Vietnam 5-4 dalam penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam waktu permainan sebenar.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Harimau Malaya pada Kejuaraan Futsal AFF sejak ia dipertandi­ngkan pada 2001, ialah muncul naib juara empat kali termasuk pada tahun lepas yang berlangsun­g di Vietnam, setelah kecundang 3-4 dalam masa tambahan kepada Thailand dalam perlawanan akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia