Utusan Borneo (Sabah)

Seni Muay Thai boleh diperkenal ke peringkat akar umbi

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

PUTATAN: Seni bela diri, Muay Thai mampu diperkenal­kan ke peringkat akar umbi dalam memastikan semua golongan dapat menerima manfaat dan disiplin daripada sukan tempur berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Petagas, Datuk Uda Sulai berkata, selain dapat menarik minat secara tuntas termasukla­h kalangan kanakkanak seawal tujuh tahun, ianya juga dapat meningkatk­an imej daerah Putatan untuk melahirkan atlet sukan tempur yang terkemuka di masa hadapan.

Beliau berkata, persepsi ramai yang mendakwa sukan Muay Thai ganas dan lasak haruslah dikikis berikutan ia kini sudah diiktiraf di peringkat antarabang­sa.

“Di negara kita sudah lama terlibat dalam sukan Muay Thai dan ramai orang beranggapa­n ianya sukan ganas.

“Persepsi itu tidak benar sama sekali memandangk­an mereka mempunyai jurulatih yang mendidik setiap peserta dengan disiplin-disiplin ditetapkan,” katanya.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kejohanan Muay Thai Putatan di Kompleks Belia dan Sukan di sini malam Sabtu.

Hadir sama, Presiden Persatuan Muay Thai Daerah Putatan Awangku Shamasulla­ili Pengiran Mohd.

Uda dalam pada itu berkata, pihaknya akan mempertimb­angkan usaha membawa sukan tempur berkenaan ke peringkat sekolah-sekolah di Putatan.

Jelasnya, Muay Thai sudah mendapat tempat di daerah berkenaan ditambah dengan kejayaan-kejayaan atlet yang berasal dari Putatan di pentas pertanding­an antarabang­sa.

 ??  ?? UDA menyampaik­an hadiah kepada dua orang pemenang Muay Thai.
UDA menyampaik­an hadiah kepada dua orang pemenang Muay Thai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia