Utusan Borneo (Sabah)

Bela masyarakat daif, kemudahan perubatan diberi perhatian

Kemudahan perubatan semua daerah diberi perhatian

- Oleh YAP SIONG HAN berbual dengan salah seorang pesakit ketika lawatan di Hospital Semporna.

SEMPORNA: Kemudahan perubatan di seluruh daerah di negeri ini akan diberikan perhatian memandangk­an terdapat peralatan yang sedia ada kini sudah ketinggala­n zaman.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sebagai contoh, di Semporna bukan sahaja mengalami kekurangan kepakaran dalam perubatan tetapi juga peralatan seperti alat X-Ray tidak didapati selain terdapat kemudahan lain yang berusia hampir 16 tahun lamanya.

“Bilik pembedahan juga tidak mampu dilaksanak­an di sini dan pesakit terpaksa dihantar ke Tawau yang mempunyai kemudahan serta kepakaran.

“Ini juga sebab kita wujudkan Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat supaya kemudahan kesihatan di kawasan luar bandar diberi perhatian agar masyarakat daif dan miskin dapat pembelaan serta bantuan daripada kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Hospital Semporna, di sini pada Ahad.

Katanya, kerajaan akan meminta kementeria­n berkenaan menyenarai­kan keperluan kemudahan dalam satu pangkalan data di semua daerah dalam negeri ini.

Shafie berkata, kerajaan negeri akan menyusun atur perkara itu dan menasihatk­an kepimpinan atasan, dalam keadaan Malaysia baharu, perkhidmat­an kesihatan harus diwujudkan bukan berdasarka­n kepentinga­n kontraktor atau wakil rakyat tetapi berlandask­an kepentinga­n rakyat.

“Kita harus bantu rakyat dengan menyediaka­n kemudahan itu di kawasankaw­asan tertentu.

“Sudah sampai masanya kita membuat perubahan dan ‘reform’ pendidikan serta kesihatan dan ini perlu

“Sudah sampai masanya kita membuat perubahan dan ‘reform’ pendidikan serta kesihatan ” dan ini perlu dilakukan dengan terbaik. DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL Ketua Menteri

dilakukan dengan terbaik.

“Saya yakin kemampuan untuk menyusun atur perkara ini dan meminta pelan perancanga­n utama dari setiap daerah untuk tujuan ini,” katanya.

Sementara itu, Shafie menjelaska­n masalah bekalan air yang dihadapi Hospital Tawau dan Semporna akan diatasi.

Katanya, rombakan yang telah dilakukan terhadap Jabatan Air telah membolehka­nnya meraih hasil pendapatan sebanyak RM66.8 juta dalam tempoh hanya dua bulan sahaja.

“Kerajaan akan memastikan hasil itu akan digunakan bagi memastikan bekalan air di seluruh Sabah ditingkatk­an,” katanya.

 ??  ?? SHAFIE
SHAFIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia