Utusan Borneo (Sabah)

Sindiket dadah tumpas, syabu bernilai RM5.2j dirampas

104.3kg syabu bernilai RM5.2 juta dirampas

- DATUK SERI MOHMAD SALLEH

TAWAU: Polis menumpaska­n satu sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah susulan penahanan empat lelaki tempatan serta merampas 104.3 kilogram dadah dipercayai syabu dianggarka­n bernilai RM5.2 juta dalam dua serbuan berasingan sekitar daerah ini, Jumaat lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata dalam serbuan pertama di Jalan Haji Karim kira-kira 12.30 tengahari, pasukan polis JSJN Sabah dengan kerjasama JSJN Bukit Aman menahan tiga lelaki dan menemui syabu dalam empat beg diletakkan dalam kenderaan suspek.

Beliau berkata susulan penahanan ketiga-tiga lelaki terbabit, polis menahan seorang lagi lelaki di Jalan Bunga Off Jalan Masjid, di sini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman

Kesemua suspek lelaki berasal dari Johor dan Kuala Lumpur berusia antara 31 dan 39 tahun itu direman sehingga 16 Nov ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

“Ini adalah tangkapan dadah terbesar di Sabah setakat ini dan ini adalah hasil risikan dan pemantauan berterusan pihak polis. Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti dalang dalam kegiatan penyeludup­an dadah ini ke Sabah termasuk bagaimana ia dihantar,” katanya dalam sidang media pada Ahad.

Mohmad berkata polis yakin sindiket terbabit menggunaka­n laluan udara untuk menghantar bekalan dadah ke Sabah sama ada melalui perkhidmat­an kurier atau individu dan perkara itu akan disiasat secara terperinci.

Dalam serbuan itu, Mohmad berkata, selain merampas dadah dipercayai untuk pasaran tempatan dan luar, polis turut merampas dua kenderaan yang merupakan kereta sewa digunakan bagi kegiatan penyeludup­an dadah berkenaan serta wang tunai Malaysia dan Singapura bernilai kira-kira RM2,000.

Mohmad berkata tangkapan dan rampasan dadah di Tawau itu juga dipercayai ada kaitan dengan kes tangkapan dan rampasan dadah di Lahad Datu dan Semporna baru-baru ini.

Polis akan terus mempergiat operasi membantera­s sindiket pengedaran dan penyeludup­an dadah di Sabah, dan berharap masyarakat akan terus memberi kerjasama menyalurka­n sebarang maklumat berkaitan kegiatan itu bagi membolehka­n polis menjalanka­n siasatan, katanya. -Bernama

“Ini adalah tangkapan dadah terbesar di Sabah setakat ini dan ini adalah hasil risikan dan pemantauan berterusan pihak polis. Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti dalang dalam kegiatan penyeludup­an dadah ini ke Sabah ” termasuk bagaimana ia dihantar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia