Utusan Borneo (Sabah)

160 pelajar jayakan aktiviti buat bola lumpur

-

AKTIVITI membuat bola lumpur (mudball) telah diadakan di SMK Bahang, Penampang pada Sabtu.

Seramai 160 pelajar dan 15 guru dari sembilan sekolah telah mengambil bahagian dalam program itu.

Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SM Tinggi Kota Kinabalu, SM St Michael, SMK Bahang, SK Penampang, SK St Anthony, SK Kepayan, SJKC Shan Tao dan SJKC Yue Min.

Aktiviti membuat bola lumpur adalah salah satu program ‘Kapayanku

Indah’ yang diilhamkan oleh Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri merangkap Adun Kapayan Jannie Lasimbang.

Sebanyak 3,000 biji bebola lumpur yang diperbuat daripada EMAS (Effective Microbes Activated Solutions), dedak gandum dan tanah merah telah berjaya dihasilkan dalam program itu dan akan dijemur kering selama satu bulan di SMK Bahang.

Program pembuangan bebola lumpur ke dalam sungai dan parit di Daerah Penampang akan diadakan pada Januari tahun depan.

Program berkenaan adalah anjuran Pejabat Perhubunga­n Adun Kapayan dengan kerjasama Majlis Guwas Koposizon College, Kivatu Nature Farm, Majlis Daerah Penampang dan SMK Bahang.

Tujuan program adalah untuk memberi kefahaman mengenai fungsi dan membuat bebola lumpur kepada para pelajar. Acara itu telah dirasmikan oleh Jannie Lasimbang.

Turut hadir dalam program itu, Pegawai Daerah Penampang Robert Stidi, Pegawai Eksekutif MDPG Tang Yung Ming, Datuk Philip Lasimbang, Kivatu Nature Farm (KNF) Maria Lasimbang, Guwas Koposizon College (GKC) Anne Lasimbang dan Pengetua SMK Bahang Margaret Chee.

 ??  ?? PARA pelajar dan guru yang menjayakan aktiviti membuat bola lumpur merakam gambar kenangan bersama Jannie. MURID sekolah rendah ketika aktiviti membuat bola lumpur pada program itu.
PARA pelajar dan guru yang menjayakan aktiviti membuat bola lumpur merakam gambar kenangan bersama Jannie. MURID sekolah rendah ketika aktiviti membuat bola lumpur pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia