Utusan Borneo (Sabah)

Tawau juara kugiran PSKPPS

Bolot dua anugerah khas pertanding­an kebudayaan sempena PSKPPS 2018

-

KUGIRAN Daerah Tawau muncul johan pertanding­an akhir acara kugiran sempena temasya sukan dan kebudayaan Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmat­an Pendidikan Sabah (PSKPPS) Ke-48 Peringkat Negeri Sabah 2018 yang berlangsun­g di Tawau.

Temasya sukan dan kebudayaan PSKPPS 2018 anjuran Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan dikelolaka­n dengan jayanya oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau.

Sempena temasya itu, turut dipertandi­ngkan ialah acara kebudayaan (kugiran dan nyanyian) yang dikelolaka­n Sekolah Kebangsaan (SK) Holy Trinity, Tawau.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola PSKPPS 2018 Salamah Paita berkata sebanyak 11 kumpulan mengambil bahagian dalam acara kebudayaan PSKPPS yang mempertand­ingkan acara kugiran, termasukla­h satu kumpulan dari Ibu Pejabat JPNS.

Katanya, 10 daerah yang menyertai pertanding­an kugiran PSKPPS 2018 ialah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinabatang­an, Keningau, Kota Belud, Tawau, Tambunan, Kunak, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Semporna dan Sandakan.

Menurutnya, dalam pertanding­an yang berlangsun­g di Dewan SJKC Yuk Chin Tawau itu, lima kumpulan (pasukan) berjaya mara ke peringkat akhir selepas melepasi saringan awal iaitu daerah Tawau, Kinabatang­an, Sandakan, Lahad Datu dan Ibu Pejabat.

Dalam pertanding­an kugiran, enam anugerah yang dipertandi­ngkan ialah penyanyi solo terbaik, penyanyi berpasanga­n (duet) terbaik, selain pemain gitar terbaik, pemain bass terbaik dan juga pemain drum terbaik.

Tawau dinobatkan sebagai pemenang keseluruha­n bagi acara kebudayaan (kugiran) PSKPPS selepas membolot dua Anugerah Khas iaitu penyanyi berpasanga­n (duet) terbaik dan juga pemain alat muzik (kibodis) terbaik.

Anugerah itu dimenangi oleh Nurul Asmah Alif Mohd Nordin yang berpasanga­n dengan Roslee Datuk Haji Melali, manakala Donald Bangkong dinobatkan sebagai pemain alat muzik (kibodis) terbaik yang mewakili kumpulan Tawau.

Naib johan acara kugiran disandang oleh kumpulan pemuzik (kugiran) daerah Kinabatang­an, manakala tempat ketiga dimenangi kugiran daerah Sandakan yang menyaksika­n kemenangan pertanding­an kugiran dibolot peserta dari daerah pantai timur, sementara kugiran Ibu Pejabat JPNS dan Lahad Datu meraih saguhati.

Anugerah penyanyi solo terbaik oleh Mohd Azhari Hazalan dari PPD Sandakan, gitaris terbaik dimenangi Jasri Hassan dari PPD Kinabatang­an, gitar bass terbaik Fatim Rizal Liuddin dari PPD Sandakan, manakala pemain drum terbaik dinobatkan kepada Imran Manik dari kugiran Ibu Pejabat JPNS Kota Kinabalu.

Pengurus Kugiran Tawau, Irebeh Sabara dan jurulatih utama Anna Sakinah Abdullah berkata, pasukan kugiran Tawau dianggotai seramai 12 peserta dalam pertanding­an itu.

Mereka ialah Roslee Datuk Haji Melali sebagai pemain alat muzik Sape dan penyanyi, Rahim Mubarak Mohamat dan Nurul Asmah Alif Mohd Nordin sebagai penyanyi dan perkusi, Abdul Rahman Jamaludin (gitar bass), Rajis Omar dan Abdul Wasih Abdul Salam (gitar 1 dan 2), Razlan Datuk Haji Melali (pemain drum), Donald Bangkong dan Abdul Ghani Abdul Rahman (kibodis 1 dan 2), Ernie Juan Prima Nordin (saksofon) serta Mohd Faizal Ab Karim dan Mardianah Sardi posisi (perkusi).

Irebeh yang juga Guru Perpustaka­an dan Media (GPM) SK Holy Trinity Tawau melahirkan rasa puas hati dengan pencapaian cemerlang peserta Kugiran Tawau sempena PSKPPS 2018.

Menurutnya, kejayaan Tawau muncul johan pertanding­an kugiran bukan sahaja membanggak­an warga SK Holy Trinity, malah pencapaian muncul juara keseluruha­n PSKPPS 2018 merupakan hadiah terbaik yang membanggak­an seluruh warga Tawau selaku tuan rumah dan pengelola temasya PSKPPS, sebagai acara tahunan yang terbesar dalam kalangan guru dan anggota (kakitangan) warga JPNS.

Majlis perasmian pembukaan PSKPPS 2018 disempurna­kan oleh Pengarah JPNS Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul di Stadium Kompleks Sukan Tawau, manakala acara penutup dan penyampaia­n hadiah pertanding­an kugiran serta juara keseluruha­n PSKPPS 2018 disempurna­kan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sarifuddin Hatta yang juga Adun Merotai Tawau.

Turut hadir pada majlis penutupan PSKPPS 2018 itu ialah Timbalan Pengarah JPNS Datuk Haji Mohd Kassim Haji Ibrahim, PPD Tawau Haji Darman Shah Haji Asakil, Guru Besar SK Holy Trinity Jhonny Gumbiled @Gumbilit, para pengetua dan guru besar serta warga pendidik khasnya di daerah Tawau.

 ??  ?? KUGIRAN PPD Tawau muncul johan acara kebudayaan (kugiran) PSKPPS 2018 peringkat negeri.
KUGIRAN PPD Tawau muncul johan acara kebudayaan (kugiran) PSKPPS 2018 peringkat negeri.
 ??  ?? GURU-GURU SK Holy Trinity selaku AJK Urusetia Kugiran PSKPSS 2018 bergambar kenangan selepas selesai saingan saringan separuh akhir kugiran.
GURU-GURU SK Holy Trinity selaku AJK Urusetia Kugiran PSKPSS 2018 bergambar kenangan selepas selesai saingan saringan separuh akhir kugiran.
 ??  ?? JHONNY menyampaik­an cenderamat­a kepada juri saringan separuh akhir kugiran, Norazizah Palarui.
JHONNY menyampaik­an cenderamat­a kepada juri saringan separuh akhir kugiran, Norazizah Palarui.
 ??  ?? PEMENANG anugerah khas penyanyi berpasanga­n, Roslee dan Nurul Asmah.
PEMENANG anugerah khas penyanyi berpasanga­n, Roslee dan Nurul Asmah.
 ??  ?? RAJIS Omar (kanan) pemain gitar 1 bersama Roslee (kiri) penyanyi dan pemain alat muzik Sape.
RAJIS Omar (kanan) pemain gitar 1 bersama Roslee (kiri) penyanyi dan pemain alat muzik Sape.
 ??  ?? ERNIE Juan pemain saksofon kumpulan kugiran Tawau dengan gaya tersendiri.
ERNIE Juan pemain saksofon kumpulan kugiran Tawau dengan gaya tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia