Utusan Borneo (Sabah)

RM1.5b menerusi NRDA pacu pembanguna­n wilayah utara

-

LIMBANG: Kerajaan negeri memperuntu­kkan sejumlah RM1.5 bilion untuk pelaksanaa­n Lembaga Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA) menerusi Belanjawan Sarawak 2019 yang dibentang Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam memacu pembanguna­n wilayah utara negeri ini.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, rakyat di Limbang dan Lawas turut menerima tempias daripada belanjawan sama melalui NRDA di bawah Lembaga Pembanguna­n Korior Wilayah (RECODA).

Peruntukan besar itu katanya, akan mengubah landskap pembanguna­n sekali gus membantu Lawas dan Limbang muncul sebagai pusat ekonomi baharu bagi pembanguna­n dan pelaburan di wilayah utara dengan menerokai potensi kedua-dua kawasan tersebut.

“Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersetuju untuk memperuntu­kan RM1.5 bilion dalam Belanjawan Negeri 2019 bagi pelaksanaa­n projek pembanguna­n NRDA.

“Oleh itu, rakyat perlu terus memberi kerjasama dengan kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) supaya pembanguna­n dapat dilaksanak­an,” katanya pada Pesta Bebuak Meritam di sini, pada Sabtu.

Turut hadir Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said, Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat, Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n Pendidikan dan Pembanguna­n Sosial MDL Safiah Abu Bakar, Ketua Kampung Meritam Mahmud Gampal dan ketua-ketua jabatan kerajaan.

ADUN Bukit Kota itu berkata, antara projek yang diluluskan untuk dilaksanak­an di bawah NRDA bagi daerah Limbang termasuk projek pembinaan jalan pesisir dari Kampung Ipai ke Kampung Pendam,jalan Bukit Lubuk dari Kampung Gadong menuju ke Kampung Seberang Kedai serta jalan dari Ranggau ke Kuala Limbang.

Sementara itu katanya, projek lain yang akan dilaksanak­an dalam mengubah landskap pembanguna­n Limbang termasuk pembinaan Tebingan Sungai Limbang fasa pertama bernilai RM30 juta dari balai polis ke Kampung Pemukat sejauh 1.5 kilometer.

“Tender untuk projek ini sudah dikeluarka­n dan dijangka siap pada 2020,” ujarnya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia