Utusan Borneo (Sabah)

Kontrak hadapan emas diniaga pada jajaran kecil

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu ini berikutan kekurangan pemangkin, kata peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Tee Guy Eon memberitah­u Bernama yang harga emas dijangka didagangka­n dalam lingkungan 163.00 hingga 166.00 satu gram ketika pasaran mencari pemangkin baru untuk menggerakk­an harga.

Sementara itu, Ketua Perdaganga­n Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata, harga emas merosot apabila dolar terus meningkat.

Katanya, peniaga menjangka harga emas akan terus lemah jika euro menuju ke paras 1.1300 berbanding dolar AS dan/atau yen Jepun menguji paras 114.50 berbanding dolar.

“Kedua-dua senario mata wang itu tidak keluar dari persoalan awal minggu depan (minggu ini), sama ada lambat atau cepat,” tambahnya.

Untuk minggu yang baru berakhir, harga kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia keseluruha­nnya lebih rendah pada minggu yang pendek disebabkan cuti, berikutan harga emas yang lebih rendah di Bursa Komoditi AS serta pengukuhan ringgit.

Pasaran ditutup pada Selasa sempena cuti Deepavali.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, November 2018 jatuh 30 mata kepada RM163.80 segram, Disember 2018 turun 40 mata kepada RM163.80 segram, Januari 2019 susut 36 mata kepada RM163.90 dan Februari 2019 berkurang 34 mata kepada RM164 .00 segram.

Jumlah dagangan mingguan jatuh kepada tujuh lot bernilai RM115,300 berbanding 20 lot bernilai RM311,915 pada minggu sebelumnya manakala kepentinga­n terbuka merosot kepada 30 kontrak berbanding 32 kontrak sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia