Utusan Borneo (Sabah)

2,213 atlet bersaing

Pesta Sukan Kementeria­n Kewangan ke-44

-

PUTRAJAYA: Pesta Sukan Kementeria­n Kewangan (PSKK) ke-44 yang disertai 2,213 atlet mewakili 12 kontinjen membuka tirai secara rasmi dalam suasana penuh warna-warni di Kompleks Sukan Institut Penilaian Negara (Inspen) di sini, malam Ahad.

Majlis perasmian gilanggemi­lang bermula 8 malam itu disempurna­kan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir.

Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat kontinjen, acara tradisi yang menjadi tumpuan kerana turut melibatkan pertanding­an menawarkan hadiah wang tunai RM2,000 kepada pemenang, diikuti pembacaan ikrar kejohanan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmat­an Harta, Nordin Baharom yang juga merupakan Pengerusi Pengelola kejohanan.

Antara kontinjen yang mengambil bahagian ialah Bank Negara Malaysia, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam, Bursa Malaysia, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Perbendaha­raan Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Kontinjen lain ialah Suruhanjay­a Sekuriti, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) serta Jabatan Penilaian dan Perkhidmat­an Harta selaku pengelola pesta sukan kali ini.

Pesta selama sembilan hari itu menyaksika­n 14 acara dipertandi­ngkan termasuk bola sepak, bola jaring, futsal, badminton, boling, golf, olahraga, catur, ping pong, tenpin boling, dart, karom dan tarik tali.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Ahmad Badri mengingatk­an tentang pentingnya kerjasama antara jabatan dan agensi di bawah Perbendaha­raan Malaysia bagi memacu kecemerlan­gan Kementeria­n Kewangan.

Beliau turut mengumumka­n pesta sukan itu akan dianjurkan secara dwitahunan berbanding setiap tahun sebelum ini. -Bernama

Bagaimanap­un, kekosongan pada tahun depan akan diisi dengan penganjura­n julung kali Pesta Sukan Rakyat Kementeria­n Kewangan, katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia