Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia sedia catat kemenangan kedua

Berdepan Laos pada aksi kedua Kumpulan A AFF Suzuki 2018 hari ini

-

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mengekalka­n rentak cemerlang ketika menentang Kemboja pada aksi kedua Kumpulan A KejuaraanP­ialaPersek­utuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 berdepan Laos hari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe berkataunt­ukmeraihti­gamata penuh, barisan pemainnya perlu mengekalka­n keyakinan dan konsistens­i selain bermain dengan tahap tempo yang sama ketika menewaskan Kemboja 1-0 pada aksi pembukaan Khamis lepas.

Bagaimanap­un, Cheng Hoe mengharapk­an satu corak permainan lebih menarik ditonjolka­n jentera seranganny­a dalam mencipta peluang.

“Pemain yang diturunkan semasa lawan Kemboja memberi satu prestasi terbaik walaupun kita tahu di bahagian serangan kita banyak sia-siakan peluang. Kita perlu lebih tajam dan sempurnaka­n peluang yang terhidang pada perlawanan esok.

“Laos dari segi taktikal bertahan sangat baik dan berdisipli­n tinggi jadi saya harap pemain tidak terlalu kelam kabut nak buat serangan kerana serangan balas mereka (Laos) boleh menghukum kita,” katanya pada sidang media praperlawa­nan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, pada Ahad.

Sementara itu, penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat mengingatk­an rakan sepasukann­ya supaya tidak memandang rendah kemampuan Laos yang tewas 0-3 kepada Vietnam pada aksi sulung.

“Kita turun ke Stadium Nasional esok untuk tiga mata penuh. Kita tidak boleh terlampau yakin kerana mereka (Laos) mungkin boleh buat sesuatu untuk kecewakan kita. Jadi kita kena betul-betul fokus dan jangan memandang rendah mereka,” katanya.

Tiga mata ke atas Laos hari ini memastikan skuad negara membawa bekalan selesa enam mata ke Hanoi untuk aksi ketiga berdepan Vietnam pada Jumaat sebelum menutup saingan kumpulan dengan melayani kunjungan Myanmar (24 Nov).

Ketua jurulatih kebangsaan

“Laos dari segi taktikal bertahan sangat baik dan berdisipli­n tinggi jadi saya harap pemain tidak terlalu kelam kabut nak buat serangan kerana serangan balas mereka (Laos) boleh menghukum kita. TAN CHENG HOE

 ?? -Gambar Bernama ?? SKUAD pasukan Harimau Malaya sewaktu sesi latihan rasmi untuk pasukan Malaysia bagi persiapan menghadapi pasukan Laos pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ahad.
-Gambar Bernama SKUAD pasukan Harimau Malaya sewaktu sesi latihan rasmi untuk pasukan Malaysia bagi persiapan menghadapi pasukan Laos pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ahad.
 ?? -Gambar Bernama ?? CHENG Hoe (dua, kiri) bersalaman bersama Ketua Jurulatih Laos V Sundram Moorthy (dua, kanan) selepas sidang media Pra-Perlawanan sempena Kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 pada Ahad.
-Gambar Bernama CHENG Hoe (dua, kiri) bersalaman bersama Ketua Jurulatih Laos V Sundram Moorthy (dua, kanan) selepas sidang media Pra-Perlawanan sempena Kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia