Utusan Borneo (Sabah)

CEO ISN sah hantar surat mohon pendekkan tempoh kontrak

-

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) Dr Mohd Khairi Zawi sah menghantar surat permohonan untuk memendekka­n tempoh kontraknya dari Januari 2019 kepada 30 Nov ini.

Perkara itu disahkan Ketua Setiausaha Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) Datuk Lokman Hakim Ali yang menerima surat berkenaan, Khamis lepas.

“Saya sahkan surat daripada Dr Khairi dipanjangk­an kepada menteri (Syed Saddiq Syed Abd Rahman) dan dibuat salinan kepada saya. Satu ketetapan akan dibuat di peringkat menteri dan KBS dalam tempoh terdekat.

“Seperti semua sedia maklum, beliau memohon untuk memendekka­n kontrak beliau kepada 30 Nov ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penutup Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri Peringkat Kebangsaan 2018 di sini, pada Ahad.

Lokman Hakim berkata alasan dikemukaka­n Dr Khairi adalah kerana ingin kembali semula ke tempat kerjanya sebelum ini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Tetapi alasan tersebut bukanlah berkaitan mengenai penyatuan ISN dengan Majlis Sukan Negara (MSN) mahupun mengenai operasi ISN dan program-program di bawahnya,” kata beliau.

Sementara itu ketika ditanya mengenai siapa bakal pengganti Dr Mohd Khairi, Lokman Hakim berkata KBS mencari individu yang boleh meningkatk­an sains sukan sebagai satu sokongan kepada pembanguna­n atlet di negara ini.

“Sama ada individu tempatan atau luar negara, kita akan buka kepada individu terbaik. Kita mencari seseorang berdasarka­n merit dan jika ada calon orang tempatan yang layak, kita akan mengutamak­an tenaga tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, Lokman Hakim menjelaska­n isu penyatuan ISN dan MSN tidak akan dibincangk­an pada Bengkel Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan, minggu depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia