Utusan Borneo (Sabah)

SEC serah dividen RM6 juta kepada kerajaan

- Penerangan

KOTA KINABALU: Sabah Energy Corporatio­n (SEC) Sdn Bhd pada Isnin menyerahka­n RM6 juta dividen kepada kerajaan negeri Sabah.

Pengerusi Lembaga Pengarahny­a Ramli Dua berkata jumlah itu adalah bagi tahun berakhir pada tahun 2017 dan disampaika­n kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Ramli menjelaska­n perbadanan itu mempunyai banyak projek yang mampu menjana keuntungan lebih besar dan memakan masa panjang.

Antaranya, penjualan Gas Asli Cecair (LNG) kepada syarikat-syarikat di kawasan Pantai Timur bermula tahun depan menggunaka­n lori dari kilang di Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP).-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia