Utusan Borneo (Sabah)

Shahidan Kassim hadapi pertuduhan cabul

- Bersambung di A3

KANGAR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim pada Isnin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mencabul seorang gadis bawah umur Oktober lepas.

Anggota Parlimen Arau itu bagaimanap­un mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan selesai dibacakan kepadanya oleh pegawai Mahkamah dan mohon dibicaraka­n.

Beliau kemudianny­a dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM25,000 dan anaknya, Ameer Shafiq dan menantu, Muhamad Lokman Abdul Rashid bertindak sebagai penjamin.

Hakim Mahkamah Sesyen Kangar, Johari Hassan membuat keputusan itu selepas mendengar alasan peguam bela, Dhalia Rohana Abdul Latiff.

Dalam hujahnya, Dhalia Rohana berkata Shahidan yang merupakan bekas Menteri Besar Perlis juga mengetuai delegasi anggota-anggota Parlimen Malaysia ke persidanga­n antarabang­sa tidak mungkin melarikan diri atau sengaja tidak hadir untuk menghadapi pertuduhan kecuali mengalami masalah kesihatan.

Mengikut kertas pertuduhan, Shahidan didakwa melakukan gangguan fizikal dengan menyentuh tangan hingga ke bahu seorang kanakkanak berumur 15 tahun 7 bulan dalam kenderaan dinaikinya di perkaranga­n Stadium Tuanku Syed Putra di Kangar pada 20 Okt lepas kira-kira pukul 11.30 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia