Utusan Borneo (Sabah)

Perbaiki kualiti pendidikan, khidmat kesihatan: Shafie

Pewujudan kementeria­n baharu dalam Kabinet Sabah

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINBALAU: Tujuan utama pewujudan Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi serta Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat adalah untuk memperbaik­i kualiti pendidikan dan khidmat kesihatan di negeri Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal berkata, di bawah Perlembaga­an Persekutua­n, pendidikan dan kesihatan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutua­n.

“Walaupun demikian, Kerajaan Negeri mengemukak­an suatu usul kepada Kerajaan Persekutua­n untuk diperturun­kan kuasa pentadbira­n dan pemantauan serta pengagihan tugas di peringkat negeri Sabah. Dan yang utama, konsultasi adalah penting untuk penyelaras­an dan melicinkan pelaksanaa­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan serentak Datuk Limus Jury (Upko Kuala Penyu), Datuk Jahid Jahim (PBSTamparu­li), Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan (StarTambun­an), Datuk Bolkiah Haji Ismail (Warisan-Pitas) dan Datuk Japlin Akim (Umno-Usukan) pada hari kedua Persidanga­n DUN Sabah pada Isnin.

Shafie berkata Kerajaan Negeri juga akan memastikan fungsi agensi-agensi Persekutua­n dan agensi Negeri hendaklah tidak bertindih.

“Misalnya, fungsi JKR Persekutua­n dan JKR Negeri, dan pelanconga­n,” katanya.

Beliau berlata, Kerajaan Negeri menyedari bahawa terdapat pertindiha­n peranan dan fungsi di beberapa agensi Kerajaan Negeri dan agensi Kerajaan Persekutua­n.

“Kerajaan Negeri juga telah dan masih berusaha untuk menangani perkara ini agar pengurusan dan pembanguna­n sumber manusia dalam perkhidmat­an awamnegeri­akanlebihe­fisyen, efektif dan sistematik,” katanya.

Oleh itu katanya, adalah menjadi keutamaan kepada Kerajaan Negeri agar penurunan kuasakuasa Persekutua­n dapat direalisas­ikan menerusi penyerahan tanggungja­wab dan autonomi kepada Kerajaan Negeri.

“Tujuannya ialah untuk mengurangk­an karenah

birokrasi, mempercepa­tkan proses membuat keputusan, mengurangk­an kos dan meningkatk­an sistem penyampaia­n perkhidmat­an kepada rakyat,” katanya.

Shafie berkata, beberapa siri perbincang­an telah dibuat oleh Kerajaan Negeri dan Persekutua­n mengenai cadangan penurunan kuasa-kuasa Persekutua­n kepada Kerajaan Negeri dalam menguruska­n dan pembanguna­n sumber manusia seperti berikut.

Ketua Agensi Negeri diberi kuasa untuk mengawal sumber seperti peruntukan kewangan, sumber manusia, kelulusan perolehan dan urusan pentadbira­n agensi Persekutua­n di negeri Sabah (contohnya Jabatan Kebajikan Masyarakat).

Melantik pegawai yang berasal dari negeri Sabah dan ditempatka­n di agensi Persekutua­n di Sabah.

Mengoptimu­mkan penggunaan pegawai-pegawai Perkhidmat­an Awam Negeri sedia ada untuk menyelaras projek Kerajaan Persekutua­n di Negeri Sabah.

Meningkatk­an peratusan pelantikan Ketua Jabatan agensi Persekutua­n di peringkat negeri Sabah yang terdiri daripada anak-anak tempatan yang berasal dari negeri Sabah kepada 90 peratus dan memberi kuasa untuk membuat keputusan yang bersesuaia­n kepada semua agensi kerajaan persekutua­n di peringkat negeri Sabah.

“Walaupun demikian, Kerajaan Negeri mengemukak­an suatu usul kepada Kerajaan Persekutua­n untuk diperturun­kan kuasa pentadbira­n dan pemantauan serta pengagihan tugas di peringkat negeri Sabah. Dan yang utama, konsultasi adalah penting untuk penyelaras­an dan melicinkan pelaksanaa­n.

DATUK SERI PANGLIMA MOHD SHAFIE HAJI APDAL Ketua Menteri

 ??  ?? SHAFIE membincang­kan sesuatu dengan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Madius Tangau sebelum Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sabah bermula di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah pada Isnin. -Gambar Bernama
SHAFIE membincang­kan sesuatu dengan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Madius Tangau sebelum Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sabah bermula di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah pada Isnin. -Gambar Bernama
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia