Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Sabah digesa terus realisasi Kota Belud sebagai Jelapang Padi

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan Sabah digesa agar meneruskan usaha merealisas­ikan Kota Belud sebagai Jelapang Padi Sabah.

Datuk Japlin Akim (UmnoUsukan) berkata usaha itu penting untuk diteruskan bagi membolehka­n kerajaan negeri menambah pendapatan dan membantu meningkatk­an ekonomi penduduk setempat, khususnya golongan petani dan pesawah.

“Saya amat berharap kerajaan baharu ini akan terus komited membela nasib petani denganteru­smemberiba­ntuan dan kemudahan kepada para petani terutama yang terlibat dalam pelaksanaa­n projek Jelapang Padi Sabah ini.

“Daerah Kota Belud merupakan kawasan tanaman padi yang paling luas di negeri Sabah yang seluas 10,000 hektar tanah sawah tersedia untuk diusahakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n Belanjawan Sabah 2019 pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sabah di sini pada Isnin.

Japlinjuga­berharapba­ntuan elaun kepada golongan nelayan yang diberikan oleh kerajaan pusat terdahulu diteruskan.

“Jika kerajaan pusat benarbenar menghentik­an elaun tersebut, saya berharap kerajaan negeri akan meneruskan bantuan itu dengan dana dan pembiayaan daripada tabung kerajaan negeri sendiri,” katanya. Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia