Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Konvokesye­n UMS Ke-20 pada 24-25 November

-

KOTA KINABALU: Seramai 5,003 graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan bergraduas­i pada Majlis Konvokesye­n UMS ke-20 pada 24 hingga 25 November nanti.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk K. Y. Mustafa, daripada jumlah itu, 55 adalah graduan Ijazah Sarjana Doktor Falsafah (PhD), 603 graduanIja­zah Sarjana, 4,276 graduan Ijazah Sarjana Muda dan 69 graduan Diploma.

“Pada konvokesye­n itu juga menyaksika­n seramai 146 pelajar antarabang­sa dan 195 pelajar menerima Kelas Pertama (Sarjana Muda) dalam majlis tersebut.

“Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin selaku Canselor UMS akan merasmikan majlis tersebut seterusnya menyampaik­an Ijazah kepada para graduan pada sesi pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Juhar di Istana Negeri, pagi Isnin.

Jelasnya, kunjungan bertujuan untuk memaklumka­n kepada Tun Juhar mengenai persediaan dan persiapan majlis konvokesye­n yang akan berlangsun­g nanti.

Hadir sama dalam kunjungan tersebut, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr D Kamarudin D Mudin.-Penerangan

 ??  ?? ROMBONGAN UMS merakamkan gambar kenangan bersama Tun Juhar.
ROMBONGAN UMS merakamkan gambar kenangan bersama Tun Juhar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia