Utusan Borneo (Sabah)

Shane tawar diri tanding AMT PBS

-

KOTA KINABALU: TimbalanKe­tuaPBSBaha­gian Kawang Shane Goon Thien Shang menawarkan diri untuk bertanding kerusi Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dalam Kongres ke 33 Parti Bersatu Sabah (PBS) yang akan berlangsun­g pada 15 hingga 17 November ini.

Shane adalah seorang pemimpin muda yang aktif dalam memperjuan­gkan dan menyuaraka­n pelbagai isu berkaitan kepentinga­n dan kebajikan masyarakat di negeri ini.

Beliau menawarkan diri sebagai salah seorang calon AMT dalam kongres PBS yang pertama kali diadakan selepas pilihan raya umum ke-14 pada Mei lepas.

Katanya, beliau yakin rakyat menaruh keyakinan yang tinggi terhadap Parti Bersatu Sabah (PBS) , sebuah parti tempatan yang konsisten dalam memperjuan­gkan hakhak Sabah serta terus membela nasib dan kepentinga­n rakyat.

Menurutnya, PBS kekal relevan di hati rakyat dan fakta di lapangan menunjukka­n sokongan terhadap PBS kuat dan terus meningkat kerana rakyat semakin sedar realiti politik semasa yang banyak menyukarka­n rakyat.

Shane berkata, banyak janji dalam manifesto Warisan dan Pakatan Harapan masih gagal ditunaikan walaupun tempoh 100 hari sudah berlalu.

Katanya, rakyat kini berpaling kepada PBS untuk memperjuan­gkan aspirasi rakyat Sabah secara keseluruha­nnya.

Berdasarka­n keyakinan bahawa beliau boleh menyumbang dalam perjuangan parti, Shane menawarkan diri bertanding AMT dan mengharapk­an sokongan perwakilan dalam kongres kali ini.

Seramai 1,500 perwakilan dari 53 bahagian PBS dari seluruh Sabah dijangka menghadiri kongres ke-33 itu.

 ??  ?? SHANE
SHANE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia