Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki didakwa edar 4,227.71 gram dadah

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mengedar dadah seberat 4,227.71 gram.

Ang Eng Khong, 35, yang diwakili peguam Dato’Seri Rakhbir Sing dihadapkan di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Tertuduh didakwa mengedar dadah jenis Methamphet­amineberke­naan pada 31 Oktober jam 4.30 petang di Taman Awam Teluk Likas, di sini.

Atas tuduhan itu, Ang didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntu­kkan hukuman gantung atau penjara seumur hidup, serta tidak kurang 15 sebat.

Bagaimanap­un tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan.

Mahkamah menetapkan pada 20 Disember untuk laporan kimia dan memerintah­kan tertuduh terus direman, mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Pegawai Pendakwa Insp MohdRasyda­nJasnibert­indak untuk pendakwaan.

 ??  ?? ANG diiringi anggota polis masuk ke dalam lokap.
ANG diiringi anggota polis masuk ke dalam lokap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia