Utusan Borneo (Sabah)

Memiliki tiket loteri haram, lelaki didenda RM2,500

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 36 tahun dikenakan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan memiliki tiket judi haram.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhka­n hukuman itu terhadap Yap Yee Man, yang mengaku salah mengikut Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Hukuman yang diperuntuk­kan denda sehingga RM5,000 atau penjara selama tempoh enam bulan, atau keduaduany­a. Yap didapati melakukan kesalahan terbabit pada 2 Jun jam 5.10 petang di sebuah kedai kopi, Kepayan Ridge, di sini.

Jika gagal bayar, mahkamah mengarahka­n penjara selama dua bulan dikenakan terhadap tertuduh.

Selain itu, wang rampasan sebanyak RM275 diserahkan kepada perbendaha­raan negara.

Sementara itu, seorang remaja warga asing berusia 18 tahun dikenakan penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen.

Hakim Azreena Aziz mengenakan hukuman berkenaan kepada Mohd Azlan Abdullah, selepas mengaku salah mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Ketika disoal mahkamah, tertuduh mengakui sudah menetap di negara ini selama dua bulan, tanpa memiliki dokumen yang sah.

Tamat tempoh pemenjaraa­n terbabit, mahkamah mengarahka­n Mohd Azlan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia