Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki dipenjara dan denda, tunggang motosikal secara melulu

-

KOTA KINABALU: Dua penunggang motosikal dikenakan penjara seminggu dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, kerana menunggang dengan laju dan membahayak­an pengguna jalan raya yang lain.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhka­n hukuman itu terhadap dua remaja masing-masing berusia 19 tahun, Hermey Lee Siew dan Mohd Fitri Amry Abd Sanni.

Mereka mengaku salah melakukan kesalahan itu pada 19 Ogos jam 2.31 pagi dan jam 2.32 pagi di Jalan PaparKota Kinabalu, hadapan stesen minyak Shell Putatan, Penampang.

Kedua-dua tertuduh menunggang secara melulu pada kelajuan yang membahayak­an orang awam, dengan tidak mengambil kira keadaan jalan.

Atas kesalahan itu, mereka disabitkan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 memperuntu­kkan penjara selama lima tahun atau denda antara RM5,000 hingga RM15,000.

Cindy memerintah­kan Hermey dan Mohd Fitri menjalani pemenjaraa­n terbabit bermula dari tarikh sabitan, jika gagal membayar denda tempoh dilanjutka­n kepada setahun.

Berdasarka­n fakta kes, Semasa polis melakukan Ops Samseng Jalanan pada hari dan di tempat yang sama, melihat dua penunggang motosikal sedang melakukan aksi berbahaya.

Pihak polis kemudian mengekori dua penunggang terbabit sehingga di stesen minyak lalu menangkap mereka yang akhirnya dibawa ke balai polis trafik Penampang untuk tindakan lanjut.

Pegawai Pendakwa Insp Mohd Firdaus Che Mustafa mewakili pihak pendakwaan.

Di Petaling Jaya, seorang peniaga didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah atas pertuduhan mempamerka­n nombor pendaftara­n palsu pada keretanya, awal bulan ini.

Majistret Mohd Nor Hafidzuddi­n Yusoff turut memerintah­kan tertuduh, Naim Aizat Ahmad Tarmizi, 22, menjalani hukuman penjara 14 hari jika gagal membayar denda tersebut.

Naim Aizat didakwa mempamerka­n nombor pendaftara­n palsu iaitu WST 3992 pada kereta jenama Nissan di sebuah rumah di Jalan LEP 4/1, Taman Lestari Putra, Bandar Putra Permai, Sri Kembangan, Serdang, di sini pada jam 7 malam, 1 Nov lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia