Utusan Borneo (Sabah)

Ahli MPS perlu proaktif

Galas tanggungja­wab buat dasar, keputusan

- Oleh YUSOP TEPPO seorang Ahli MPS, Rosly Aziz mengangkat sumpah dihadapan Peter Hii.

SANDAKAN: Ahli Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) digesa agar dapat memainkan peranan dalam membuat dasar dan keputusan demi memastikan kelangsung­an kerajaan peringkat ketiga.

Presiden MPS Datuk Peter Hii Chang Lik berkata ahli majlis merupakan salah satu tonggak utama dalam pentadbira­n sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

Beliau berkata semua ahli majlis yang dipilih perlu memahirkan diri dalam penggunaan akta dan peraturan yang diguna pakai oleh PBT agar tindakan diambil sentiasa konsisten dan tidak bercanggah.

“Ahli majlis juga harus melontarka­n idea dan cadangan yang bernas dalam usaha mentransfo­rmasikan perkhidmat­anagarlebi­hcekap dan memenuhi ekspektasi masyarakat setempat yang kian meningkat,” katanya.

Beliau berkata semua ahli

SALAH

Ahli majlis juga harus melontarka­n idea dan cadangan yang bernas dalam usaha mentransfo­rmasikan perkhidmat­an agar lebih cekap dan memenuhi ekspektasi masyarakat setempat yang kian meningkat. ” DATUK PETER HII CHANG LIK Presiden MPS

majlis yang dipilih perlu memainkan peranan dalam membantuny­a sebagai Presiden dalam memastikan dasar-dasar yang digubal MPS dapat dilaksanak­an.

“Ahli Majlis juga bertanggun­gjawab dalam meluluskan sebarang dasar di bawah Undang-Undang Kecil PBT di Sandakan, memastikan keputusan yang dibuat adalah mengikut pertimbang­an terbaik demi kepentinga­n MPS,” katanya.

Peter Hii berkata demikian pada pada pemberita selepas Majlis Angkat Sumpah dua Ahli MPS iaitu Rosly Aziz dan Roulind Patrick yang disaksikan­nya di pejabatnya, pagi Isnin.

Sebelum ini, pada 2 November lepas, seramai 23 orang Ahli MPS mengangkat sumpah dihadapann­ya pada majlis yang disempurna­kan oleh Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah, Datuk Stephen Wong di Dewan Persidanga­n MPS.

Beliau turut memberitah­u Ahli MPS perlu memainkan peranan sebagai penghubung antara kerajaan dan masyarakat, dalam usaha mencapai matlamat mensejahte­rakan rakyat.

“Setiap ahli majlis perlu memahami asas dan peranan PBT, untuk terus menjayakan dasar-dasar kerajaan dalam mensejahte­rakan rakyat.

Selain itu, Peter Hii berkata ahli majlis juga perlu sentiasa membuat pemantauan di kawasan masing-masing dan perlu mengamalka­n sistem turun padang untuk melihat sendiri masalah kekurangan kemudahan awam yang masih dihadapi oleh sesetengah masyarakat. “Mereka bertanggun­gjawab untuk memastikan kebersihan jalan, premis perniagaan, keadaan sampah, kebersihan tandas awam dan gerai di kawasan masing-masing,” katanya.

Pada majlis itu juga, beliau menasihati semua ahli majlis yang terpilih ini agar menghindar­i gejala rasuah dan kepentinga­n diri sepanjang perkhidmat­an dilantik menjadi Ahli Majlis.

Peter Hii menegaskan agar tidak menerima segala bentuk pemberian dan ganjaran daripada pihak berkepenti­ngan kerana dikhuatiri mengundang risiko rasuah dan salah guna kuasa.

“Ahli Majlis dan juga kakitangan PBT perlu menunjukka­n integriti yang tinggi dalam menjalanka­n tanggungja­wab mengikut tata cara yang ditetapkan,” tegasnya.

 ??  ??
 ??  ?? ROSLY (tiga kanan) dan Roulind (tiga kiri) bergambar bersama Peter Hii selepas selesai Majlis Angkat Sumpah Ahli MPS.
ROSLY (tiga kanan) dan Roulind (tiga kiri) bergambar bersama Peter Hii selepas selesai Majlis Angkat Sumpah Ahli MPS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia