84 murid Sekolah Rendah Visi Sandakan lawatan belajar ke BSBCC

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Sekolah Rendah Visi bersama guru-guru merakam gambar selepas lawatan Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Seramai 84 murid bersama-sama 15 guru termasuk guru besar dari Sekolah Rendah Visi Sandakan (Vision Primary School Sandakan) melawat Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo (BSBCC) di Sepilok pada 9 November lalu.

Objektif lawatan adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan habitat beruang madu yang semakin terancam.

Kolaborasi antara Sekolah Rendah Visi Sandakan dan BSBCC telah dimulakan sejak awal Februari tahun ini.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh BSBCC untuk faedah pelajar sekolah, terutamanya untuk ahli-ahli Kelab Alam Sekitar yang aktif mengambil bahagian dalam program mingguan di sekolah.

Selain itu, lawatan ke BSBCC adalah sebahagian daripada program enam minggu bagi Kelab Alam Sekitar sekolah.

Sekolah Rendah Visi Sandakan juga telah mengambil inisiatif untuk mengambil bahagian dalam Program Anak Angkat Beruang Madu Borneo yang ditawarkan oleh BSBCC melalui lawatan baru-baru ini di bawah Program Share Bear.

Para pelajar yang mengambil bahagian dalam lawatan itu menyumbang buah-buahan untuk makanan beruang madu sebagai sokongan kepada BSBCC.

Diharapkan program sedemikian boleh menggalakkan generasi muda untuk melindungi, memulihara, mewujudkan kesedaran dan pengetahuan yang berkaitan dengan hidupan liar berkenaan.

Penyertaan aktif oleh pelbagai pihak sangat dihargai supaya generasi masa hadapan akan berpeluang untuk melihat beruang madu. Marilah kita bekerjasama ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan habitat mereka.-

belajar itu.

MURID-MURID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.