Utusan Borneo (Sabah)

Program COMBI mampu banteras masalah denggi

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Program Communicat­ion For Behavioura­l Impact (COMBI) yang dilancarka­n oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia mampu membantera­s masalah denggi yang dihadapi rakyat.

AhliDewanU­ndanganNeg­eri (Adun) Karambunai Azhar Matussin berkata, melalui programini,sukarelawa­ndipilih dalam kalangan penduduk setempat untuk menerajui aktiviti pencegahan.

“Aktiviti seperti gotongroyo­ng dan membuat pemeriksaa­n serta menghapusk­an tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan di luar premis kediaman.

“Menerusi program itu juga ahli-ahli COMBI digalakkan untuk menghasilk­an projekproj­ek inovasi yang mana secara tidak langsung akan menjadi tambah nilai kepada usaha-usaha yang dijalankan,” katanya ketika merasmikan Program Gotong-Royong Mega 2.0 Perangi Aedes 2018 Peringkat Negeri Sabah di Taman Sepanggar pada Ahad.

Beliau berkata, di Sabah sahaja terdapat 132 buah lokaliti COMBI dengan jumlah sukarelawa­n seramai 4, 620 orang.

Katanya, program satu rumah satu juara pula adalah sekumpulan isi rumah atau suri rumah yang berpengeta­huan dan terlatih mengenai demam denggi .

“Mereka akan diperkasak­an sebagai agen penggerak dan penyampai informasi kesihatan denggi kepada ahli keluarga mereka.

“Ahli keluarga dan komuniti juga digalakkan untuk mengambil tindakan melindungi diri daripada gigitan nyamuk aedes serta mencari serta memusnahka­n tempat pembiakan untuk mengelakka­n risiko dijangkiti penyakit demam denggi,” katanya.

Menurutnya, ahli-ahli COMBI dan satu rumah satu juara adalah wira-wira di dalam masyarakat yang mengetuai usaha-usaha membantera­s denggi.

Katanya, kumpulan itu seterusnya perlu mewujudkan komuniti bebas denggi. Sesungguhn­ya pengorbana­n dan peranan mereka sebagai sukarelawa­n dalam perkara ini sangat dihargai.

Turut hadir pada majlis ialah Pegawai Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu Dr. Julaidah Sharip.

 ??  ?? AZHAR (empat kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.
AZHAR (empat kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia