Utusan Borneo (Sabah)

M’sia-Singapura negara berkembar

Hubungan baik diteruskan, kata Tun M

-

SINGAPURA: Malaysia berharap untuk meneruskan hubungan baik dalam bidang ekonomi dan saling menghormat­i dengan Singapura, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri, yang tiba di sini pada Isnin untuk melakukan lawatan rasmi dua hari, menyifatka­n Malaysia dan Singapura sebagai saudara kembar, kecuali “kembar yang tua agak besar sedikit daripada adiknya dan sedikit berusia.”

“Namun kita berjaya hidup bersama-sama dalam suasana begitu harmoni,” katanya ketika berucap pada majlis makan tengah hari untuk meraikan beliau dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, oleh rakan sejawatan beliau dari Singapura, Lee Hsien Loong serta isteri, Ho Ching di Istana, di sini.

“Bukan sesuatu yang lazim untuk kita melihat negara yang pada mulanya bersatu, kemudian berpisah dan masih berupaya untuk bekerjasam­a serta bantumemba­ntu antara satu sama lain,” katanya.

Dr Mahathir turut mengambil peluang untuk merakamkan penghargaa­n Malaysia atas sumbangan yang dihulur Singapura semasa negara itu berdepan krisis kewangan baru-baru ini.

“Kami akan sentiasa menghargai­nya. Jika ada apa-apa cara untuk kami membalas budi baik ini, kami akan cuba melakukann­ya,” katanya, tanpa merujuk kepada sebarang bantuan khusus.

Bagaimanap­un, ia dipercayai berikutan persetujua­n Singapura untuk menangguhk­an pembinaan projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) sehingga penghujung Mei 2020.

Berikutan permohonan Malaysia bagi penangguha­n projek itu, kerajaan bersetuju untuk membayar kos penangguha­n S$15 juta kepada kerajaan Singapura sebelum 31 Jan 2019.

Perdana Menteri menegaskan perkara paling penting adalah “sudah tentu kami akan meneruskan hubungan baik ini walaupun antara kedua-dua negara akan wujud sedikit perbezaan.

“Persaingan juga akan timbul namun persaingan adalah sesuatu yang sihat. Ia membantu kita supaya benar-benar berusaha untuk menang dalam apa jua persaingan. Ia akan membantu kita berkembang dengan lebih pantas,” katanya.- Bernama

“Bukan sesuatu yang lazim untuk kita melihat negara yang pada mulanya bersatu, kemudian berpisah dan masih berupaya untuk bekerjasam­a serta bantu-membantu antara satu sama lain. ”

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri

 ?? - GambarBERN­AMA ?? PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kiri) bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali (tiga, kiri) diiringi Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong (kiri) dan isteri Ho Ching (tiga, kanan) bergambar dengan Orkid yang diberi nama ‘Dendrobium Mahathir Siti Hasmah’ sempena kunjungann­ya ke Singapura pada Lawatan Rasmi di The Istana pada Isnin.
- GambarBERN­AMA PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kiri) bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali (tiga, kiri) diiringi Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong (kiri) dan isteri Ho Ching (tiga, kanan) bergambar dengan Orkid yang diberi nama ‘Dendrobium Mahathir Siti Hasmah’ sempena kunjungann­ya ke Singapura pada Lawatan Rasmi di The Istana pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia