Utusan Borneo (Sabah)

Belia terlibat jenayah, masalah sosial akan dibantu dapat pekerjaan: Syed Saddiq

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Belia dan Sukan akan memberi fokus kepada para belia yang berisiko terjerumus ke dalam kegiatan jenayah kerana terjebak dengan masalah sosial agar mendapat peluang pekerjaan.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata perkara itu bagi memastikan matlamat agenda sosial negara dapat dipenuhi apabila belia bermasalah didekati dan diberi peluang seperti individu lain khususnya hak untuk bekerja.

“Stigma masyarakat sangat kuat terhadap individu yang bermasalah (sama ada terlibat jenayah atau masalah sosial) dan sukar beri peluang kepada mereka. Jadi kerajaan akan cari jalan bagaimana kita nak bantu mereka.

“Contohnya belia yang terjebak masalah dadah atau golongan mat rempit, bagaimana kita bantu mereka dapatkan kerja...bagaimana kita nak mencapai mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penyelidik­an Belia Kebangsaan 2018 (YOURS’18) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Isnin.

Seminar bertemakan ‘Mendepani Cabaran Agenda Sosial ke Arah Kesejahter­aan Belia’ yang berlangsun­g selama dua hari bermula Isnin itu membawa enam isu utama antaranya gejala sosial, ketagihan skrin, kesihatan mental dan lainlain isu pembanguna­n belia.

YOURS’ 18 anjuran Institut Penyelidik­an Pembanguna­n Belia Malaysia (IYRES) itu menyaksika­n sebanyak 45 artikel atau kertas kerja penyelidik­an oleh ahli akademik, penyelidik daripada agensi kerajaan serta para siswazah daripada pelbagai bidang bakal dibentang.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata kementeria­n juga komited untuk mencari penyelesai­an berhubung isu penganggur­an siswazah bumiputera yang kini di tahap membimbang­kan.

“Perkara ini menyedihka­n kerana melibatkan banyak graduan bumiputera yang berpendidi­kan tinggi. Soal ini kita akan cari punca adakah disebabkan suai padan (pasaran kerja) dengan kemahiran atau apakah sebenarnya di sebalik perkara ini.

“Kadar pasaran kerja bagi graduan TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional) pada kadar 96 peratus iaitu jauh lebih tinggi berbanding mereka yang ada ijazah. Kerajaan akan ambil kira pandangan semua pihak termasuk syarikat swasta dan agensi kerajaan untuk cari penyelesai­an bersama,” jelasnya.

Beliau mengulas Laporan Tinjauan Ekonomi Kementeria­n Kewangan 2019 yang meneliti kadar penganggur­an dalam kalangan rakyat Malaysia daripada tahap pendidikan yang berbeza, berdasarka­n statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2017.

Laporan itu menyebutka­n bahawa belia bumiputera dengan pendidikan tinggi merekodkan kadar penganggur­an tertinggi pada tahun 2017 pada 4.6 peratus, jauh lebih tinggi daripada belia bumiputera yang hanya mempunyai kelulusan sekolah menengah (empat peratus).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia