Utusan Borneo (Sabah)

PDRM terima 973 aduan judi haram sejak bilik gerakan dan talian khas dibuka

-

KUALA LUMPUR: Sehingga 31 Okt lepas, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 973 aduan mengenai aktiviti judi haram yang dilaporkan orang awam sejak bilik gerakan dan talian khas 24 jam dilancarka­n pada 20 Julai.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata daripada jumlah itu 456 aduan adalah sahih yang menghasilk­an kejayaan dalam serbuan yang dilaksanak­an manakala 264 maklumat adalah tidak berasas atau palsu.

“Sebanyak 253 maklumat lagi mempunyai merit dan memerlukan risikan lanjut sebelum tindakan dapat diambil,” katanya menjawab pertanyaan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) pada persidanga­n Dewan Rakyat pada Isnin. Azis berkata inisiatif yang dilancarka­n pada 20 Julai itu dengan kerjasama orang awam menunjukka­n impak positif dalam usaha kerajaan memerangia­ktivitiper­judian haram yang membawa kepada penurunan trend aktiviti berkenaan.

Katanya, PDRM juga sentiasa membuat risikan modus operasi baharu yang mungkin akan digunakan sindiket untuk menjalanka­n aktiviti perjudian haram.

“Selain itu, tindakan tegas akan diambil terhadap anggota polis yang terlibat atau melindungi sindiket perjudian,” katamya.

Mengenai isu perjudian secara dalam talian, Mohd Azis berkata aktiviti berkenaan menjadi cabaran memandangk­an pusat operasinya berpangkal­an di luar negara, namun kementeria­n itu dengan kerjasama Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia akan meneruskan usaha mengekang aktiviti berkenaan termasuk mengkaji akta bagi perjudian dalam talian.-

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia