Utusan Borneo (Sabah)

SBK boleh mohon tukar status untuk tampung kos operasi

-

SEKOLAH Bantuan Kerajaan (SBK) yang menghadapi masalah untuk menampung kos operasi sekolah disaran untuk menukar status sekolah mereka kepada sekolah kerajaan, kata Menteri Pendidikan Dr Mazslee Malik.

Beliau memberitah­u persidanga­n Dewan Rakyat pada Isnin bahawa langkah ini bagi membolehka­n segala perbelanja­an mengurus dan pembanguna­n insfrastru­ktur dapat ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Dalam itu, beliau berkata perhatian dan peruntukan kewangan serta perhatian yang sewajarnya juga sentiasa diberikan kementeria­n itu kepada SBK termasuk peruntukan mengurus yang merangkumi emolumen dan elaun guru, bayaran utiliti, kawalan keselamata­n dan pembersiha­n kawasan, pemberian bantuan geran per kapita (PCG) dan peralatan pengajaran serta pembelajar­an.

Jelasnya kementeria­n turut menyediaka­n peruntukan bantuan modal dan Pakej Ransangan Khas walaupun aspek infrastruk­tur SBK adalah di bawah tanggungja­wab Lembaga Pengelola Sekolah (LPS).

“SBK menerima bantuan kewangan yang komprehens­if daripada kerajaan melalui belanjawan tahunan kerajaan termasukla­h membaik pulih bangunan sekolah yang uzur dan tidak selamat digunakan bagi memastikan semua murid dan guru yang berada di sekolah dalam keadaan selamat, ceria dan gembira,” katanya menjawab soalan lisan Natrah Ismail (PH-Sekijang).-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia