Utusan Borneo (Sabah)

Pemilihan PKR belum sampai penghujung

Masih terlalu awal untuk umum kemenangan

- - Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatka­n sebagai terlalu awal, pengumuman kemenangan oleh kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan pemilihan PKR belum sampai ke penghujung­nya.

“Kadang-kadang orang macam teruja, seronok kan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Badminton Remaja Astro bawah 15 tahun di sini, pada Isnin.

Beliau diminta mengulas mengenai kem Mohamed Azmin yang mengumumka­n Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu telah menewaskan bekas Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan memenangi saingan dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti kali ini.

Mengenai sama ada PKR cabang Julau, Sarawak, akan membuat pemilihan semula berikutan dakwaan serangan siber pada Sabtu lepas, Dr Wan Azizah berkata ia terserah kepada Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP).

Mereka akan membuat keputusan untuk mengadakan (pemilihan semula) atau tidak, itu saya biarkan (kepada JPP) sebagai tanda kita nak kan pemilihan itu bebas,” katanya.

Keputusan pemilihan PKR bagi cabang Julau, semalam digantung serta-merta selepas pihak JPP mengesan serangan siber pada 10 unit tablet yang digunakan untuk mengendali­kan e-undi.

Pengerusi JPP, Datuk Rashid Din berkata dilaporkan berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada penceroboh­an perisian Prey Anti-Theft, justeru laporan berhubung serangan terbabit dihantar bagi mendapatka­n maklumat balas pasukan keselamata­n siber JPP di Petaling Jaya.

Sementara itu, mengulas mengenai saranan sesetengah

pihak supaya hukuman mati mandatori dikekalkan, Dr Wan Azizah berkata kerajaan sememangny­a berbincang untuk memansuhka­n hukuman berkenaan.

“Ada lagi hukumanhuk­uman yang boleh kita berikan sebab ada jenayah yang berat yang saya rasa tidak boleh difikirkan oleh manusia, tetapi dah berlaku. Itu kita nak menangani masalah itu,” katanya. Bernama

“Pemilihan PKR belum sampai ke penghujung­nya. Kadang” kadang orang macam teruja, seronok kan. DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL Presiden PKR

 ??  ?? DR WAN AZIZAH (dua, kanan) beramah mesra bersama peserta daripada Vietnam ketika menghadiri Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) Astro Junior Championsh­ips U15 (Peringkat Serantau) di Stadium Juara pada Isnin. Turut hadir Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria (kanan).
DR WAN AZIZAH (dua, kanan) beramah mesra bersama peserta daripada Vietnam ketika menghadiri Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) Astro Junior Championsh­ips U15 (Peringkat Serantau) di Stadium Juara pada Isnin. Turut hadir Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia