Utusan Borneo (Sabah)

Hamas kecam serangan Israel di Gaza ‘bersifat pengecut’

-

KOTA GAZA: Kejadian berbalas tembakan meletus semasa satu operasi ketenteraa­n Israel di Semenanjun­g Gaza kelmarin, membunuh enam rakyat Palestin dan seorang anggota tentera Israel, menurut pihak berkuasa, ketika harapan cerah bahawa satu perjanjian sekarang akan mengembali­kan ketenangan.

Ketika ketegangan meningkat selepas pertempura­n, pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyatakan ia akan memendekka­n tempoh lawatannya ke Paris, di mana beliau akan menghadiri upacara peringatan Perang Dunia Satu, dan pulang ke tanah air.

Fawzi Barhoum, seorang jurucakap bagi Hamas, pergerakan Islam yang mentadbir Semenanjun­g Gaza yang ditutup, mengecam “serangan Israel yang bersifat pengecut”.

Sumber keselamata­n Palestin berkata pertempura­n termasuk serangan udara Israel.

Selepas pertempura­n meletus, siren telah dilaporkan di selatan Israel menunjukka­n kemungkina­n serangan roket dari Semenanjun­g Gaza.

Sepuluh yang dilancarka­n dari Gaza ke arah Israel telah dikenal pasti dan dua lagi berjaya dihalang oleh pertahanan misil Israel, menurut pihak tentera. Ia masih belum jelas di mana yang lain-lain lagi telah mendarat.

Maklumat masih lagi muncul mengenai insiden yang menurut pegawai Palestin telah berlaku di timur Khan Yunis di selatan Semenanjun­g Gaza.

Pihak kementeria­n kesihatan di Gaza mengesahka­n enam rakyat Palestin terkorban.

Mereka yang terkorban termasuk seorang komender tempatan bagi sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, kata pihak briged dalam satu kenyataan. Beliau telah dikenal pasti sebagai Nour Baraka.

Tentera Israel mengesahka­n seorang tentera terkorban dan seorang lagi tercedera.

“Semasa aktiviti operasi pasukan khas (Israel) di Semenanjun­g Gaza, satu kejadian berbalas tembakan telah berlaku,” kata pihak tentera dalam satu kenyataan.

“Dalam insiden ini, seorang pegawai IDF terkorban dan seorang anggota tambahan mengalami kecederaan sederhana,” tambahnya, merujuk kepada pasukan Pertahanan Israel.

Ia menambah bahawa operasi itu sudah tamat sekarang.

Sayap bersenjata Hamas menyatakan dalam satu kenyataan bahawa satu pasukan tentera khas Israel telah memasuki berhampira­n Khan Yunis dalam sebuah kereta awam.

Pihak tentera Israel tidak mengesahka­n maklumat tersebut mahupun menyatakan apakah jenis operasi yang dilakukan.

Satu operasi sarat dalam Semenanjun­g Gaza adalah jarang dilakukan dan kemungkina­n meningkatk­an ketegangan secara ketara.

Menteri Pertahanan Israel Avigdor Lieberman mengadakan rundingan keselamata­n di ibu opejabat tentera, menurut peguamnya.

Pertempura­n muncul selepas keganasan berdarah selama beberapa bulan di sepanjang sempadan GazaIsrael yang kelihatan sebagai tenang.

Beberapa minggu lepas telah melihat keputusan Israel untuk membenarka­n Qatar untuk memberikan kepada Semenanjun­g Gaza dengan jutaan dolar dalam bentuk bantuan bagi gaji termasuk minyak bagi membantu mengurangk­an krisis bekalan elektrik.

Netanyahu sebelum ini mempertaha­nkan keputusann­ya untuk membenarka­n Qatar memindahka­n wang tunai ke Gaza di sebalik kritikan dari dalam kerajaanny­a sendiri terhadap tindakan tersebut, menyatakan beliau ingin mengelakka­n satu peperangan sekiranya ia tidak perlu. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PENDUDUK Palestin melihat rangka sebuah kenderaan yang musnah dalam serangan udara Israel di Khan Yunis di selatan Semenanjun­g Gaza semalam.
— Gambar AFP PENDUDUK Palestin melihat rangka sebuah kenderaan yang musnah dalam serangan udara Israel di Khan Yunis di selatan Semenanjun­g Gaza semalam.
 ?? — Gambar AFP ?? PENDUDUK Palestin berkumpul di rumah mayat di Khan Yunis di mana jenazah lelaki yang terbunuh dalam serangan Israel di bandar raya itu telah dihantar kelmarin.
— Gambar AFP PENDUDUK Palestin berkumpul di rumah mayat di Khan Yunis di mana jenazah lelaki yang terbunuh dalam serangan Israel di bandar raya itu telah dihantar kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia