Utusan Borneo (Sabah)

Wabak Ebola di Congo paling buruk dalam sejarah negara

- — Gambar Reuters

KINSHASA: Jumlah kematian akibat wabak Ebola di timur Congo meningkat kepada lebih 200 orang.

Wabak terbaharu itu disifatkan paling buruk dalam sejarah negara, menyaksika­n 201 kematian dan 291 kes jangkitan sejak Ogos, kata Kementeria­n Kesihatan.

Separuh kes dicatatkan di Beni sebuah bandar di utara Kivu yang diduduki kira 800,000 penduduk.

Jabatan menjaga keamanan di bawah Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB), menggesa kumpulan bersenjata tidak menghalang usaha kerajaan bagi memerangi wabak tersebut.

“Pasukan yang bertanggun­gjawab menjalanka­n kerja-kerja mengawal wabak penyakit berdepan ancaman secara fizikal, peralatan dimusnahka­n dan kakitangan bertugas diculik,” kata

fail 6 September lalu menunjukka­n doktor sedang merawat pesakit di sebuah Pusat Rawatan ALIMA di bandar Beni, di utara Kivu.

Menteri Kesihatan Oly Ilunga.

Wabak kali ini yang ke-10 berlaku di Congo sejak Ebola mula dikesan pada 1976.

Sejak program vaksin bermula pada 8 Ogos, lebih 25,000 orang telah diinokulat. — Bernama

 ??  ?? GAMBAR
GAMBAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia