Utusan Borneo (Sabah)

Tanah runtuh di Rio De Janeiro ragut 14 nyawa

-

RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di tenggara bandar Niteroi, Rio de Janeiro.

Malapetaka pada pagi Sabtu itu dicetuskan oleh hujan lebat, mengakibat­kan sekurang-kurangnya sembilan rumah dan sebuah restoran piza tertimbus.

Seramai 11 mangsa berjaya diselamatk­an, dua daripadany­a kritikal manakala empat lagi masih hilang.

“Hujan lebat sejak dua hari lalu dan penduduk dinasihatk­an berjagajag­a,” kata ketua bomba Roberto Robadey kepada Globo News.

Sementara presiden persatuan kejiranan, Claudio dos Santos berkata, sebuah rumah yang terletak di kawasan cerun telah dikosongka­n beberapa hari sebelum kejadian.

Pada 2010 kejadian tanah runtuh mengorbank­an kira-kira 50 penduduk Niteroi. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? PEKERJA Syarikat Pembersiha­n Niteroi membersihk­an kawasan yang dijejas tanah runtuh yang berlaku pada awal pagi selepas hujan lebat di bandar Niteroi, Rio de Janeiro kelmarin.
— Gambar AFP PEKERJA Syarikat Pembersiha­n Niteroi membersihk­an kawasan yang dijejas tanah runtuh yang berlaku pada awal pagi selepas hujan lebat di bandar Niteroi, Rio de Janeiro kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia