Utusan Borneo (Sabah)

AS desak Arab Saudi tangkap pembunuh Khashoggi

-

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo memberitah­u Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman kelmarin bahawa AS akan menahan semua pihak yang bertanggun­gjawab ke atas pembunuhan wartawan Arab Jamal Khashoggi dalam satu panggilan telefon yang turut membincang­kan konflik di Yaman.

Khashoggi, seorang penduduk AS, dibunuh di konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober dan putera mahkota telah dituduh merancang pembunuhan tersebut, yang menegangka­n lagi pakatan selama beberapa dekad antara Washington dan Riyadh.

“Pompeo menegaskan bahawa AS akan menahan semua mereka yang terlibat dalam pembunuhan Khashoggi, dan Arab Saudi harus melakukan perkara yang sama,” kata jurucakap Heather Nauert dalam satu kenyataan.

Diplomat kanan AS itu sebelum ini berkata pembunuhan Khashoggi “melanggar norma-norma bagi undangunda­ng antarabang­sa,” serta AS akan meneliti kemungkina­n sekatan terhadap individu yang dikenal pasti terlibat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia