Utusan Borneo (Sabah)

Iran penjara pegawai Kementeria­n Luar Negara selepas disabit mengintip

-

DUBAI: Mahkamah Iran menjatuhka­n hukuman penjara selama 10 tahun terhadap seorang lelaki yang bekerja di Kementeria­n Luar Negara selepas mensabitka­nnya atas kesalahan mengintip, menurut jurucakap perundanga­n Gholamhoss­ein Mohseni Ejei kelmarin.

Bagaimanap­un jurucakap Kementeria­n Luar Negara Bahram Qasemi berkata lelaki itu telah ditangkap kira-kira tiga tahun lepas dan disabitkan setahun kemudian. Hukumannya telah diringanka­n oleh sebuah mahkamah rayuan, menurut laman sesawang kementeria­n. Beliau tidak memberi maklumat lanjut.

Ejei, dipetik laman sesawang berita Mizan untuk perundanga­n, menamakan lelaki yang dijatuhkan hukuman sebagai Kamal Amirbeik dan menyatakan dia turut didenda sebanyak $270,000.

Mizan tidak mendedahka­n Amirbeik dituduh mengintip untuk siapa mahupun memberi sebarang maklumat lanjut.

Pasukan keselamata­n Iran telah menahan beberapa orang yang bekerja di beberapa badan negara atas tuduhan pengintipa­n, kata Menteri Perisikan Mahmoud Alavi pada Ogos lepas. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia