Utusan Borneo (Sabah)

Hala tuju PAFA dibincang dalam masa terdekat

-

IPOH: Hala tuju Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) termasuk mengenai jawatan presiden serta pemberian insentif kepada pemain serta pegawai pasukan The Bos Gaurus akan dibincangk­an dalam masa terdekat.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata perkara itu akan dibincangk­an dalam pertemuann­ya dengan pentadbira­n PAFA.

“Saya memang nak panggil (bertemu) pentadbira­n PAFA kerana kerajaan negeri mahu segera berikan insentif yang dijanjikan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Bicara Legasi #Saving Legacy peringkat negeri di kediaman lama Menteri Besar di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kekosongan jawatan Presiden PAFA selepas Hasnul Zulkarnain Abd Munaim meletakkan jawatan tersebut pada 8 Nov lalu.

Ahad lepas, Ahmad Faizal mengumumka­n kerajaan negeri akan memberi insentif berupa wang tunai RM10,000 dan satu lot tapak rumah kepada pemain dan pegawai pasukan sebagai ganjaran merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2018 pada 27 Okt lepas. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia